Friday, October 5, 2007

biskut samperit





Teringin lak nak mkn kuih ni..


bhn:
1 1/2 cwn tpg kastad
1 1/2 cwn tpg jagung
1/2 cwn tpg gandum
3/4 cwn gula halus
3 bj kuning telur
esen vanilla
butter secukupnya
-hirisan ceri merah dan hijau utk hiasan

-panaskan oven 170c
-satukan tepung dan ayak
-satukan semua bahan dlm bekas kecuali butter.gaul rata
-tambah butter sambil di uli hingga dpt adunan yg lembut dan senang ditekan.
-pam dgn acuan samperit atas tin yg dialas baking paper
-bakar hingga kekuningan

Wednesday, October 3, 2007

Kuih Rose Berempah




Favorite my darling husband.Kalo ada kuih ni..mmg dia mengadap..

Bhn:
5 cwn tpg beras
3 cwn santan
2 biji telur
1 biji putih telur
1 st gula
1 1/2 st garam
*1/2 sb lada hitam
*1 st biji ketumbar
*1 st jintan putih
*1 st jintan manis
*4 sb udang kering@ikan bilis
minyak utk menggoreng
acuan rose

-ketumbar,jintan manis dan jintan putih disangrai hingga naik bau.angkat.
-Blend@tumbuk bahan bertanda* hingga halus.
-satukan santan,telur,garam,gula dan bhn kisar.Tuang kedalam tepung sambil dikacau sentiasa sehingga tidak berketul
-Panaskan minyak bersama loyang dlm kuali.
-Celupkan acuan kedalam adunan dan terus masukkan kedlm minyak panas(slps panas pakai api kecil)
-tunggu sekejap hingga ia lekang.
-angkat setelah keperangan.Toskan atas kitchen towel
-Ulang proses hingga adunan habis.
-Setelah sejuk simpan dlm bekas kedap udara..

tips:rendam acuan dlm minyak sblm guna.utk memudahkan kuih tanggal semasa menggoreng.1 @ 2minggu sblm guna pun boleh

Pizza & Koey teow goreng




Juadah Berbuka smlm.Gabungan timur dan barat. ;)Base pizza pakai resepi che za..Hubby ckp sedap