Saturday, February 7, 2009

nasi dagang



ikut step resipi minami133@MyR
sedap!mekasih minami ;)

Friday, February 6, 2009

kek span pandan



suka sgt dgn resipi kek span kali ni.lembut,gebu sangat.mmg akan selalu guna resipi ni next time.boleh letak perisa lain juga.cuma buat setengah adunan dulu..resipi oleh sweet4ever@MyR thks alot yer :)

c&p kat sini utk rujukan lain kali

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

* tepong super fine - 150 gram
* gula kastor - 150 gram
* telor - 5 biji telor A
* ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
* air daun pandan - 80ML
* minyak / mentega cair -80ML
* pes pandan - 5ML/ 1sudu teh
* serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh
* sedikit pewarna hijau [x]

Cara-cara

-satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)

-perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.

-sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius

-bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.




-tgk ler rupa kek kastad tu..huhuhu..ni pasal dikerumuni oleh bos kecik dan bos sedang kat dapo..huwaaa makcik pening..makcik pening!tak boleh wat keje kalo bising2 n semak2 n kalut2 ni..mesti mcm2 :P
pasal dah masak kastad tu so x boleh tunggu lagi terpaksa juga siapkan kek walaupun sememeh je rupanya..takper la..yg penting sedap dan boleh dimakan ;)

utk kastad:(adunan utk separuh resipi kek di atas)

400ml santan
300ml jus pandan
sedikit pewarna hijau
1 1/2 st serbuk agar2
60g tpg hoen kwe/tepung jagung(biasa guna tepung kacang hijau..lagi sedap)
130g gula kastor
kelapa kering secukupnya

-satukan semua bahan2 dlm kuali.kacau sebati
-masak dgn api sedang hingga pekat.sentiasa kacau
-tutup api dan alihkan dari dapur

sediakan kek:

potong kek kepada 2@3 bahagian
-letak yg paling bawah atas alas kek/pinggan rata.tuang dan sapu kastad rata2 atas kek.biar beberapa min sebelum letak kepingan kek
-ulang proses hingga bahagian kek yg akhir.tutup keseluruhan kek dgn baki kastad.sapu rata-rata.sejukkan dlm fridge sebelum disalut dgn kelapa kering di kelilingnya.
-sejukkan beberapa jam sebelum dipotong

Thursday, February 5, 2009

kek cawan seri pandan




tertawan sungguh bila tgk che za buat ni haritu..cuma x banyak masa pulak nak cuba awal2..hari ni ada kesempatan sikit so cuba 1/2 adunan.mmmmm..mmg sedap pada yg suka kelapa mcm saya ni..resipi asal oleh chef noraini katanya...mekasih pada tuan punya resipi dan che za :P

utk lihat sendiri hasil dari kak za click sini

minta izin letak resipi kat sini yer..utk rujukan lain kali..
Bahan2nya :-

250 gm butter/mentega
200 gm gula kastor-pakai gula perang
4 biji telur gred B
250 gm tepung kek/superfine-guna tepung gandum yg diayak 3x
100 gm santan segar
1 s/k serbuk penaik
1 s/k pes pandan
1 s/k pewarna hijau epal
50 gm kelapa kering
1/2 s/k gliserin-tak letak ni ganti dgn sedikit ovalette

Cara2nya :-

1. Putarkan mentega + gula - kembang
2. Masukkan gliserin + telur sebiji2 - putar sebati
3. Masukkan kelapa kering, pewarna + perisa pandan
4. Masuk tepung sedikit2 berselang seli dengan santan - gaul secara manual
5. Sudukan dlm acuan kertas + bakar 20 min - 180c

pasembor@rojak penang


menu semalam ni..

bahan utk kuah:
300g-350g ubi keledek yg telah dikupas kulit-rebus hingga lembut dan blend
150-200g kacang tanah-bakar suhu 150c 10min dan blend agak halus
2 sb pes cili
gula merah secukupnya
1 st garam
air ikut kepekatan
*2 sb udang kering
*1 labu bawang besar
*2 ulas bawang putih
1/2 kiub ayam
2 sb bijan(selepas angkat kacang tanah terus letak bijan dan biar dlm oven.nanti dia masak sendiri dgn suhu yg panas tu..)
3 sb minyak
sos tomato dan sos cili secukupnya

-blend bahan* hingga halus.
-panaskan minyak dlm periuk.tumis bahan blend hingga wangi.masukkan pes cili.kacau sekejap
-masukkan ubi blend.kacau.masukkan air dan kiub.kacau rata.biar mendidih.masukkan sos cili dan tomato.
-letak garam dan gula merah secukup rasa.kuah mesti manis ckit
-jika terlalu pekat tambah air.
-akhir sekali masukkan bijan
-biar masak lama sedikit sebelum tutup api

utk cucur kelapa:
1 cwn tpg gandum
1 cwn kelapa parut putih
1 sb pes cili
2 sb gula
sedikit garam
air

satukan bahan2 kecuali air.masukkan air sambil digaul hingga dapat adunan yg lembik tetapi masih boleh di genggam
-goreng terendam hingga masak.toskan dan hiris

-bahan2 lain:
cucur udang
timun-hiris halus memanjang
sengkuang-hiris halus memanjang
telur rebus-belah 2
kentang rebus-hiris bulat2
taugeh-bersihkan
tauhu goreng-hiris

-satukan semua bahan dlm pinggan.tuang kuah.boleh tabur bijan goreng jika suka..


Wednesday, February 4, 2009

chocolate


jom wat chocolate sendiri!
suka hati je ni.semalam ada beli cocoa butter psl dah lama teringin nak test.beli juga acuan utk wat ni..
senang rupanya nak buat..cuma kena tambah macam2 kat dalam tu utk lebih sedap.saya tambah madu,nutella,peanut butter dan kekacang juga kismis hitam..rasa boleh tahan cuma kena upgrade lg..kena rajin wat xperimen ni..:P nnt nak try tambah susu pekat ke,krim ke,jem ke..hmmmmmm

200g cooking chocolate
2 st cocoa butter

-cairkan chocolate dgn cara double boil.masukkan cocoa butter.kacau sebati
-saya tambah 3 sb nutella dan peanut butter n sedikit madu.kacau rata2
-tuang dlm acuan.

-boleh letak strawberry choco chips,white choco chips dan kismis kat dlm acuan sblm tuang chocolate.
-kalau nak letak kekacang,tuang separuh chocolate then letak apa2 kacang,campur kismis ke then tuang chocolate lg bg penuh dlm acuan..



Nasi ayam



selalu wat nasi ayam gini..dah jadi favorite my husband ;)

utk stok ayam:
1 ekor ayam-potong 4 dan bersihkan
2 batang celery
3 ulas bawang putih-ketuk
2 inch halia-ketuk
1 kiub ayam
air secukupnya

-masukkan semua bahan dlm periuk.biar mendidih sebelum keluarkan ayam.
-ambil stok ayam secukupnya utk masak nasi.yg selebihnya bolehlah dibuat sup

utk nasi ayam:
3 cwn beras-cuci dan rendam dlm 1/2 jam@lebih
4 1/2 cwn stok ayam@ikut jenis beras
2 helai daun pandan
rempah tumis 4 sekawan
minyak sapi 3 sb
bawang putih 3 ulas-ketuk
halia 2 inch-ketuk
garam secukup rasa

-panaskan minyak sapi dlm periuk nasi.masukkan daun pandan
-tumis rempah tumis,bawang putih dan halia hingga wangi
-masukkan beras yg telah di toskan terlebih dahulu.kacau rata.kacau sentiasa dgn api sederhana.hingga air yg ada kering.masukkan stok ayam.
-kacau lagi dan masukkan garam.biar air kering sedikit sebelum alih ke rice cooker.
-biar masak seperti biasa

utk ayam:

ayam yg direbus sekejap tadi
*1 1/2 inch halia }ditumbuk
*2 ulas bawang putih }
*1 sb lada hitam }
*1/2 kiub ayam
*2 sb sos tiram
*sedikit kicap cair
*1 sb madu
*minyak bijan

-satukan semua bahan *.lumurkan pada ayam rata2.simpan/perap dlm peti sejuk.lagi lama lagi sedap :P
-bakar selama 25min dgn suhu 220-250c

utk sambal cili:

*6 tangkai cili merah
*sedikit cili padi
*1 1/2 inch halia
*4 ulas bawang putih
garam
jus limau nipis secukupnya
sup ayam utk mengisar bahan
2-3 sb minyak bijan

kisar bahan bertanda* hingga halus
-panaskan minyak bijan dlm pot
-tuang bahan kisar.masak hingga pekat
-masukkan jus limau dan garam secukupnya(lebih sedap kalo masin ckit sambal ni)

utk kuah kicap cuma campurkan kicap dgn sup secukupnya dan kacau

-hidangkan nasi ayam dgn salad,tomato dan timun...

Tuesday, February 3, 2009

miya lagi!


taugeh celur



resipi by che'iza@MyR..sedap!
selalu makan ni kat CRS..tabur serbuk lada putih kat atas mcm yg biasa makan..thks che'iza!

cakoi




dah selalu wat cakoi ni..resipi oleh lydia@MyR tuan rumah My Kitchen .thks lydia for sharing this recipe with us ;)