Friday, January 23, 2009

Anak-anakku


2 budak diapers..

Thursday, January 22, 2009

Chocolate Waffle cookies



resipi by kak hani amik kat MyR..utk kurangkan rasa bersalah sebab teringin sgt nak rasa cookies ni tambah macam2 kat dalam tu..letak choco chips,bubble rice,badam cincang dan dried mix fruits juga madu kononnya utk lebih healthy la..huahuahua..ye la tu :D

wat adunan ni smlm lagi..tp siap buleh termalas lak nak ulang alik ke waffle maker tu.so wrap elok2 simpan dlm fridge..projek hari ni wat cookies yg x siap lg tu sambil dukung miya yg senyum manis wat ibu xleh resist utk cium dia selalu :P..jom makan cookies sambil diet.. erk?

seri kaya



dapat resipi ni since tahun 2003 kot..selalu wat seri kaya sendiri sejak tu ;)

3 biji telur(L)
1 1/4 cwn santan
4 sb gula pasir
6 sb gula pasir-utk gula hangus
1 sb tpg jagung
2 helai daun pandan-koyak 2 dan ikat

-masak 6 sb gula hingga keperangan-jgn gelap sgt nanti pahit
-satukan telur dan 4 sb gula.kacau hingga gula dissolve
-masukkan tpg jagung.kacau sebati.
tuang dlm pan yg ada gula hangus tadi.masukkan pandan.
-dgn api sederhana kecil sentiasa kacau hingga pekat dan mcm lava ..(blup..blup )
-tutup api dan alihkan dari dapur(boleh letak 1 sb butter jika mahu-utk kilatkan)
-biar sejuk sebelum disimpan dlm bekas kedap udara yg bersih

sumber:kak ninoz dari forum cari..thks alot :)

Sambal cilipadi



sambal berapi utk bos beso :D ku tumpang gak ler hehehe

ikan cencaru@apa2 ikan yg sesuai-lumur dgn asam jawa,garam & kunyit goreng sampai masak

sambal:
*cili padi byk2
*1 labu bawang besar
*3 ulas bawang putih
*sedikit belacan
*sedikit halia
air secukupnya
1 keping asam gelugur
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak dari goreng ikan tadi utk menumis
setangkai daun bawang-hiris(banyak pun sedap)

-blend bahan bertanda* hingga halus
-tumis hingga garing
-masukkan asam gelugur dan air
-biar pekat
-masukkan garam dan gula secukup rasa
-biar sekejap.
-tutup api dan tuang atas ikan goreng tadi.tabur dgn daun bawang..

Bun Coklat



pakai resipi roti coklat & kismis utk bun ni..cuma tambah air sikit lagi..

Tuesday, January 20, 2009



dapat award & tag ni dari kak rozie n kak za..mekasih yer

Peraturan nya:-

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda -
kak za
kak rozie

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)

psl diri/hobi saya:
1.anak ke 3
2.dah berkahwin dan mempunyai sepasang cahaya mata
3.org kenal saya sbgi seorang yg berat mulut..dulu2 boleh tahan tak bercakap langsung walaupun sehari suntuk
4.suka sgt memasak
5.cerewet sikit dgn benda dlm rumah saya.bersepah boleh spoil mood(tp dah kurang ckit since ada budak kecik dok tlg sepahkan ni!)
6.mesti kemas rumah sendiri sebab susah nak puas hati kalo org lain yg buat..mesti nak betulkan balik nanti..
7.suka habiskan elaun saya dgn barang baking..tak kisah nakkan pakaian baru ke..yg penting dpt beli barang2 utk projek dapur saya :D
8.susah nak menangis depan org yg sakitkan hati saya@org yg saya marah.akan tahan sampai org tu xde depan mata saya
9.seorang yg x begitu pandai berbual
10.penyayang kot..hehehe


4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
rasanya ramai yg dah buat tag ni..tapi nak bagi juga pada nanee walaupun makcik tu lambat lg baru nak ol :D

5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag menerima award ini.

Bahulu gulung pandan



resipi amik kat sini dari dayang jack..cuma tambah sedikit pandan paste dan gunakan seri kaya utk sapuan.thks dayang!

Lontong Goreng



lebihan nasi impit smlm wat Lontong goreng utk bekal bos n breakfast..

Karipap telur



doh:
3 cwn tpg gandum
1 st garam
2 sb marjerin
air ais secukup lembut adunan

-satukan tepung dan garam.gaul sebati
-masukkan marjerin.gaul dgn tangan hingga jadi mcm serbuk roti
-masukkan air sejuk sikit2 sambil di uli hingga jadi doh yg lembut.
-bahagi 8.bulat2kan.rehatkan seketika

inti:
3 biji telur (L)
sardin/tuna/isi ayam-ikut selera masing2
1/2 labu bawang besar-dadu kecil2
1/2 st serbuk lada putih
1 biji cili padi/cili merah-potong kecil2
sedikit daun sup&daun bawang-hiris halus
1/3 btg carrot-parut
garam
saya tambah oregano utk kelainan rasa

-satukan semua bahan.kacau sebati

-panaskan minyak utk deep fry
-tabur sedikit tepung atas papan pencanai
-canai doh.letak atas piring yg dasarnya agak dalam
-letak 1 senduk inti.lipat doh dan kelim tepinya seperti karipap biasa.
-ulang proses hingga habis
-goreng dgn api sederhana kecil hingga masak.balik2kan selalu..
-boleh makan begitu saja atau dgn sos cili

Monday, January 19, 2009

Sambal Kicap Tahun




dah lama dpt resipi ni dari kak ana..sejak tu mmg rajin ler wat psl my bos suka ni.cara n bahan pun simple.yg pntg tahan lama.resipi ada kat MyR..thks kak ;)

award




mekasih pada kak ana dan kak rozie yg sudi bagi award ni..sayang akak! :P