Friday, September 14, 2007

Pau Mini Goreng

Roti Jala



Buat ni smlm utk berbuka.Tapi x pula wat gulai ayam(heee..kes malas :P)mkn dgn sambal sardin je.Sambal tu buat utk inti Pau Goreng..Saja masak lebih sambal ni mmg sedap mkn dgn nasi panas

Bahan2:
2 cwn tpg
1 1/2cwn+ 2sb susu segar
1 st garam
1/2 st kunyit
1 biji telur

blender
acuan kuih jala
kuali leper/non stick pan
minyak utk menggris(kalau guna pan biasa)

-masukkan semua bahan dlm blender.blend sampai sebati/x berketul.
-panaskan pan.sapu minyak.Jala seperti biasa
-sedap dimakan dgn gulai ayam..yum yum!

Thursday, September 13, 2007

Gulai Lemak Ikan Siakap



Bahan2:
4 ketul isi siakap
1 kotak santan-200ml
beberapa helai daun cekur-hiris halus
1 cwn air+ 1sb asam jawa/asam keping
air secukupnya
timun-potong memanjang
1 bj tomato-belah empat
garam dan gula secukup rasa

bahan dikisar halus:
cili merah+cili padi ikut kepedasan
1 batang serai
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1/2 sb biji ketumbar
1 st jintan manis
1 st jintan putih
2 sb udang kering
1 cwn air

-Masukkan bahan kisar dlm periuk.Biar mendidih dalam 7-10min dgn api sederhana
-Tambah air asam jawa.Kacau rata.biar mendidih
-Masukkan santan dan air secukupnya.Sentiasa kacau hingga mendidih.Tambah air jika terlalu pekat
-Masukkan ikan dan timun.kacau perlahan.tambahkan daun cekur,garam dan gula secukup rasa.
-Akhir sekali masukkan tomato.kacau sekejap.tutup api dan alihkan dari dapur
-Sedap dimakan dgn nasi panas..
Selamat Berpuasa!!

Wednesday, September 12, 2007

Cucur Kentang



bahan2:
4 bj kentang kecil
2 sb tpg beras
4 sb tpg gandum
segenggam ikan bilis
daun bawang-potong 1 inci
1 bj bawang besar saiz kecil-di hiris
garam secukup rasa
air ais secukupnya

minyak untuk deep fry

-panaskan minyak.
-parut memanjang kentang.Satukan dgn bahan2 lain.gaul rata
-jemput2kan ke dlm minyak panas..goreng hingga keemasan
sedap di makan dgn sos cili thai

Ayam Bersalut Cornflakes,Salad kentang simple dan Tau sa Piah


Ayam Bersalut Cornflakes
bahan2 perap:
4 ketul ayam
1/2 sb lada hitam tumbuk
1/2 kiub ayam
1/2 sb madu
1 inci halia-parut
1 ulas bwg putih-parut
1 akar ketumbar-tumbuk halus
satukan bahan2 di atas perap sekurang-kurangnya 1/2 jam.
1 bj telur-kacau sedikit
1 1/2 cwn cornflakes-ramas2
2 sb tpg jagung

-panaskan minyak utk deep fry
-satukan tepung jagung dgn cornflakes yg di ramas.gaul rata
-celup ayam dlm telur.salut rata2 dlm campuran cornflakes.Goreng hingga keperangan dgn api sederhana.Hidangkan dgn Salad kentang

Salad kentang Simple
Bahan2:
2 biji kentang besar-rebus,kupas dan potong bulat2
Daun bwg-potong memanjang
2 ulas bwg putih-parut kasar/cincang
1/2 sb lada hitam tumbuk
garam secukup rasa
1 sb olive oil

panaskan minyak dlm pan.tumis bwg putih hingga wangi.masukkan kentang dan bahan2 lain.kacau sekejap.tutup api
-sedap dimakan ketika masih panas/suam


Tau Sa Piah

Apam Balik


Jumpa resepi nie kat rumah Mamafami
lama dah.Mmg sedap..rasa ori..thanks mama..muaaahhh!

Bahan2:

2 cwn tepung naik sendiri
1/2 cwn gula
1 bj telur
1 1/2 cwn air
1/2 sk baking powder
1/2 sk pewarna kuning

Bahan tabur:
kacang tanah -tumbuk
gula halus(saya guna gula perang)
1 tin jagung krim
saya tambah chocolate rice

-Blend telur dan gula
-Masukkan air, baking powder dan pewarna kuning.blend lagi
-Masukkan tepung sikit2.mesin hingga x berketul
-panaskan non-stick pan.Tuang 1 senduk adunan.tutup sekejap.
-Tabur bahan tabur.Tutup semula kuali.
-Bila kulit dah keperangan,angkat dan lipat dua

Nota :
1. Jika tiada tepung naik sendiri, gantikan dengan tepung gandum dicampur dengan 1/2 sudu kecil soda bikarbonat.
2. Sekiranya menggunakan kuali tak lekat, tidak perlu disapu dengan minyak terlebih dahulu.