
Wednesday, May 20, 2009
Butter Teddy
recipe by sunshine91@MyR.thank you!anak2 suka..psl rupa biskut yg comey tu kot..daniel siap leh main susun2..seronok buat cookies ni pasal daniel berminat sama..tgk ibu susun choc chips tu dia pun cuba juga walaupun boh sukahati je kat muka teddy tu..heh heh.yg penting dia dpt belajar.sambil boh choc chips tu sambil dia bunyi "one,two.tee.." ;)
minta izin c&p kat sini yer :)
8 oz mentega tanpa garam
1/2 cawan gula halus-ganti dgn brown sugar
1/4 susu kecil garam
1 1/2 sudu kecil esen vanilla
1 biji kuning telur
2 1/2 cawan tepung gandum (tambah jika perlu)
pewarna coklat-guna pink
cip coklat secukupnya
Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
Masukkan garam dan esen vanila.
Tambah kuning telur dalam adunan. Pukul lagi.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Gaul rata.
Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Tambah pewarna coklat ke dalam bahagian doh yang lebih sedikit. Biarkan satu bahagian dalam warna asal.
Balut doh dengan cling wrapper dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam.
Keluarkan doh dari peti sejuk. Bentukkan bulat besar dengan doh warna asal dan dua bulat kecil dengan doh coklat. *disebabkan saya lebih gemar biskut yang lembut jadi doh yang dibuat kurang tepung dan mudah dipipe dengan piping bag
Letak dua cip coklat untuk mata. * boleh guna ising untuk membentuk mulut teddy.
Bakar dalam oven (pre-heated) selama 15 minit dengan suhu 170C.
Nota: untuk membuat loli-cookies, cucuk lidi (stick) atau batang loli di bahagian bawah biskut.
Tuesday, May 19, 2009
biskut susu
Biskut Susu by merpati66@MyR..tq!
wat utk kudap2an anakanda berdua ptg2.ubahsuai ckit ikut citarasa sendiri..
* 250grm tepung jagung-letak 200g tpg jagung+50g semolina
* 1 tin susu pekat manis (yang kecik jgn abiskan)-agak2
* 1 sudu baking powder-ganti dgn sedikit soda bicarbonate
* butter /marjerin untuk uli tepung
* perwarna -ikut suka
1. Gaulkan tepung + susu cair
2. Bila tepung dan susu dah sebati tambah marjerin utk menjadi doh .
3. Bahagian doh kepada dua bahagian - satu letak warna merah or warna yang disukai
4. Bakar dlm oven 180 = 15 minit...dah masak sejukan dulu baru alihkan dari dulang pembakar
5. Perhatian: Biskut nie amat lembut dan cair didalam mulut, jadi berhati2 bila mengangkat biskut dari dulang pembakar...pastikan sejuk betol baru alihkan..
coffee custard cake
kek yang mudah,lembut dan sedap hasil eksperimen pagi2 lg kat dapo hari ini..ni gara2 tgk muffin kat rumah che za tp malas nak buat muffin psl org2 kat rumah ni tak mkn sgt..kek ni boleh juga dijadikan roll cake sebab mmg lembut mudah digulung.
utk kek
3 biji telur AA
70g tepung halus
80g gula perang
1 st ovelette
1 st baking powder
50ml minyak jagung-minyak masak biasa pun boleh
1 st kopi segera+1 sb air panas jadikan pes-saya guna nescafe black gold
secubit garam
chocolate chips
utk kastad
1 biji telur
200ml susu cair
1 st esen vanilla
1 sb tepung kastad
secubit garam
50g gula
sliced peach n banana utk hiasan
kek:
-panaskan oven 160c
-satukan telur,gula ovalette dan tepung yg diayak dgn baking powder.pukul dgn kelajuan sederhana-laju sehingga putih dan gebu
-perlahankan speed.masukkan garam dan pes kopi.pukul lg hingga kembang dan pekat.
-masukkan minyak dan kacau dgn senduk hingga sebati
-gris tin kek(kalau buat roll kek griskan dulang oven)dan alas dgn baking paper
-tuang adunan.tabur choc chips rata2
-bakar lebih kurang 15-20min(saya guna api atas sahaja sebab gunakan dulang oven)
-setelah masak sejukkan
kastad:
-satukan semua bahan dlm pot.kacau rata2
-masak dgn api sederhana kecil hingga pekat
-biar sejuk sedikit sebelum disapu pada kek.
-hias dgn potongan peach dan pisang.sejukkan sekejap dlm peti sejuk
jom makan!
Monday, May 18, 2009
bubur cha cha
bubur ni,makan berdua dgn miya saja..hihihi psl yg lain x layan bubur2 gini.dulu kecik2 bulan2 puasa mak suka buat bubur ni.doh tu homemade je.xde la color2 mcm yg beli tu.cuma 1 color tepung tu je..sblm gunting/potong,mak akan bakar dulu sekejap..sedapnya mkn masa tu..hmm..mak masak apa pun sedap kan?
yg ni pun saya wat sndr juga.cuma saya gabungkan 2 jenis tepung utk dptkan tekstur yg kenyal2.mengikut pemerhatian sndr semenjak jadi chef di rumah ni :)
2 sb tpg sagu
7 sb tpg gandum
air ais secukupnya
tepung ubi
pewarna merah,kuning dan hijau
satukan kedua2 tepung dlm mangkuk.kacau rata.tuang air ais sikit2 sampai agak2 dpt diuli utk jadikan doh.tak perlu terlalu lembut.keras ckit pun takper
-bahagi 3 bahagian.letak pewarna utk setiap bahagian.uli sampai warna sekata
-bolehlah digunting kecil2.letak ckit tepung ubi supaya tak melekat.
-panaskan air dlm pot.masukkan cha-cha setelah mendidih.kacau sekejap dan terus angkat.lalukan bawah air mengalir
-sediakan bubur mengikut cara masing2..