Tuesday, July 21, 2009

mexican bun



pernah letak resipi dulu.klik >>> sini

Fried carrot cake


saya mula mengenali masakan ini lebih kurang 4thn yg lalu di ipoh.so tiap kali pegi ipoh saya mesti nak makan ni.psl kat sana je yg saya boleh jumpa carrot cake halal ni.tempat lain saya xtau pula(psl x prnh cari ;) )tp mana buleh jadi kan,asal nak makan carrot cake je kena gi ipoh..hahaha

1st time nmpk bro rozzan post resipi ni dulu,hati sangat gembira..heheh..tp tak juga buat masa tu..mcm malas pula nak sediakan bahan utama tu..tp akhirnya ada juga kerajinan psl dah lama sgt x makan ni..n my husband pun suka makan ni..senang je sebenarnya nak sediakan.x ambil masa lama pun.cuma sambal tu je yg perlu masa juga utk siapkan..but really worth it.psl dapat banyak.boleh simpan lama dlm fridge.guna pun cuma sesudu-2 utk 1-2 org mkn.sambal ni boleh juga guna utk goreng nasi etc..thks alot to bro rozzan yg sudi share resipi ni..kalau tak,mesti masih kena ke ipoh kalau nak makan ni..heheh

act..dah buat ni beberapa kali.tp x smpt nak snap(tak sabar nak mkn sbnrnya)sll masak pun ngam2 utk mkn 2 org sahaja.sebab lebih sedap dimkn masa masih panas mcm char kuey teow juga.carrot cake lebih yg belum digoreng boleh disimpan dlm peti sejuk..

lihat resipi disini
minta izin c&p di sini juga utk rujukan sndr..

FRIED CARROT CAKE

5 sudu makan minyak
1 sudu makan bawang putih cincang/tumbuk
200 gm lobak putih (parut)

Bahan Perasa (Seasoning)
600 ml air
1 sudu makan gula
½ sudu makan garam
1 sudu makan serbuk lada putih........ Satukan semua bahan ini.

Bahan Pemekat (Thickening agt)
350 gm tepung beras
25 gm tepung jagung/kanji
500 ml air .........Satukan semua bahan ini


Bahan Sambal
20 tangkai lada kering
2-3 biji bawang besar
2 sudu makan udang kering
2 sudu makan ikan bilis
(Kisar semua bahan di atas ini dgn sedikit air)

2-3 sudu makan gula
sedikit garam
sedikit air jika perlu
minyak utk menumis

Cara Membuat Sambal:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar tadi sehingga garing. Tambah sedikit air jika perlu. Kemudian masukkan gula dan garam lalu kacau lagi. Biarkan sebentar hingga pekat sedikit sebelum dimatikan api.

Cara Membuat Bahan Carrot Cake:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih lalu masukkan parutan lobak putih tadi. Kacau sebentar. Kemudian masukkan Bahan Perasa dan terus kacau. Masukkan Bahan Pemekat dan terus kacau sehingga adunan pekat. Tuangkan adunan ke dalam acuan/loyang berukuran 8x8x2 inci dan kukus selama kira-kira 30 minit atau hingga masak.

Cara Menyediakan Fried Carrot Cake
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis 1 sudu makan bawang putih dan 2-3 sudu makan chye poh. Masukkan 200-300 gm carrot cake (yg telah dipotong dadu) bersama 2-3 sudu makan sambal dan dikacau rata. Kemudian pecahkan 2-3 biji telur dalam kuali yg sama lalu digaul rata. Kemudian masukkan secukup 'sweet sauce' dan sedikit kicap manis. Kacau lagi dan akhir sekali taburkan sedikit daun bawang dan bawang goreng.

Monday, July 20, 2009

sweet bun



tak boleh la kalau lama sangat tak buat roti..teringat-ingat pula..heheh..
boleh pelbagaikan perisa ikut selera masing2.boleh letak choc emulco@lain.boleh juga letak filling kegemaran..






400g tepung high protein(tepung roti)}
1 st bread softener }
1 st bread improver }ayak bersama
1 st garam }

2 st yis segera mauripan
5-6 sb gula castor
4 sb susu tepung
1 biji telur(A)
200ml air suam@susu suam
50g butter

satukan yis dan gula dalam bowl.tuang air suam.kacau dan biar berbuih.
-masukkan susu dan telur.gaul rata.masukkan bahan yg diayak tadi.gaul hingga jadi doh.masukkan butter yg dipotong kecil2.uli selama 15-20min(akan jadi doh yg bila ditarik boleh nampak jari kat bawah)
letakkan perisa yg diingini spt pandan paste@coklat paste.uli hingga serata
-bulatkan dan letak dlm bowl.tutup dgn kain@cling film.biar naik 2x ganda.
-tumbuk2kan.bahagi kepada bebola kecil.boleh letak filling kegemaran.susun atas dulang pembakar yg telah digris.biar naik lagi sebelum eggwash.bakar selama 15-20min 180c dgn oven yg dipanaskan dahulu.
-setelah masak,sapu atasnya dgn butter@veg oil







Chewy Gooey Yummy Brownies





resipi di sini oleh
wanie.mmg sedap!thks ya wanie..sangat sedap!

minta izin c&p kat sini ya..thks!

Bahan-bahan ( loyang 9" x 12" )

* A - cairkan guna double boil atau microwave selama 2 minit
* 200 gm butter
* 400 gm cooking chocolate
* B
* 5 biji telur gred A
* 310 gm brown sugar
* 2 tea spoon vanilla
* 1 table spoon chocolate emulco
* C
* 100 gm tepung ** diayak bersama
* 40 gm cocoa powder ** diayak bersama
* 140 gm nuts (pecan, walnuts, almonds etc..)

Cara-cara

1. Panaskan oven 160 C. sediakan loyang, alaskan dengan kertas serap minyak. ( guna kertas A4 je pn boleh)
2. Cairkan bhn A, sejukkan sebentar.
3. Pukul bhn B hingga gula hancur.
4. Masukkan no.2 ke dalam no 3.
5. Masukkan bhn C ke dalam no 4. gaul sebati.
6. Tuang ke dalam loyang, bakar selama 45 minit atau hingga masak.
7. Bila dah masak, keluarkan perlahan2 dari oven. sejukkan sebentar, terus potong mengikut ukuran yg dikehendaki ya.. TIPS brownies ni kena potong time panas2.. kalau dh sejuk, agak susah sket.. sbb dia chewy kot.. eheh Happy Baking!! ^__^

*saya terus tuang dlm dulang cutter utk memudahkan kerja..heheh

cocoa doughnut



boleh guna mana2 resipi donut dan gantikan beberapa sudu tepung dgn cocoa powder..