
Kuih ni dibuat kerana tak puas hati sgt!sabtu lepas petang2 jln2 kot perumahan ni.nampak gerai yg jual air kelapa.So kami pun berenti beli air kelapa.nampak pula cucur badak saiz cekodok aku kat bawah tu.so mintak ler beli singgit.3 bj rm1!..hmm aku pun sound la..comey2 nyer cucur badak ni..yg jual tu pun dgn muka selamba jawab"biasa ler..barang sumer dah mahal"
Takutnya aku dgn cara org sekarang cari duit.dah x pikir lain dah..mmg aku x pegi dah kedai dia pasni.dah la inti x berasa pun..
bhn kulit:
400g ubi keledek kuning yg telah dikupas-rebus sampai empuk
1 1/4 cwn tpg(aku pakai tepung pau psl habis stok tpg biasa)
1 st garam
-satukan ubi dan garam dlm bowl.lecek2.masukkan tepung dan gaul rata2 hingga dpt doh yg lembut
bhn inti:
bahan dikisar halus:
3 sb udang kering-cuci dan rendam sekejap
1/2 labu bawang besar
1 ulas bwg putih
1/2 inch halia
1/2 inch lengkuas
1/2 inch kunyit hidup
1 btg serai
4 tangkai cili kering
150g kelapa parut
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak utk menumis
-tumis bhn kisar hingga naik bau.masukkan kelapa.kacau rata2 hingga masak dan kering
-perasakan garam dan gula.angkat dan sejukkan
-sapu sedikit minyak pada tangan supaya x melekat.ambil sedikit doh.leper2kan.letak 1 sb inti dan tutup rapat2.letak atas dulang yg ditabur tepung.
-ulang proses hingga adunan habis
-panaskan minyak.goreng dgn api kecil.balik2kan hingga keperangan.angkat dan hidang