Thursday, February 14, 2008

Lepat ubi kayu

kuih gulung


Wednesday, February 13, 2008

Laksa Penang



Smlm wat ni.Psl dah lama teringin nak mkn tp nak beli malas pulak..ini sikit je utk 3@4 org mkn..rasanya ramai yg tau buat ni.saja nak share cara yg biasa utk sediakan laksa

-laksa secukupnya.sediakan seperti biasa
-3 ekor ikan selayang yg agak besar-siang,bersihkan dan rebus dgn asam keping dan garam.asingkan isi dan tulang.ambil air rebusan.ramas@tumbuk isi.blend tulang dgn sedikit air dan tapis ambil airnya
-asam keping
-garam secukup rasa
-air secukupnya
-1 bunga kantan-hiris2
-segenggam daun kesum
-1 btg serai-diketuk

bahan dikisar halus:
-cili kering ikut kepedasan-gunting memanjang,rendam dgn air panas
-1 labu bwg besar sederhana
-1 ulas bawang putih
-1 st belacan

utk ditabur:
-timun,hiris halus memanjang
-daun salad,hiris halus
-cili merah dihiris
-ulam2an yg sesuai jika suka-ulam raja,selom-hiris
-1/2 labu bawang besar-hiris nipis
-telur rebus secukupnya
-limau kasturi


-satukan isi ikan,bahan kisar,air rebusan,air dari tulang yg dikisar serta air secukupnya ke dlm periuk.biar mendidih
-masukkan serai,bunga kantan,daun kesum asam keping dan garam.kacau
-masak dgn api kecil.biar lama sedikit supaya rasanya sebati
-rasakan garamnya.tambah jika perlu.tutup api
-hidang seperti biasa

Kek Batik



kek batik yg selalu ada dirumah..

-1 bungkus biskut marie
-5@6 sudu makan milo @lebih-ikut suka
-2@3 sudu makan serbuk koko @lebih-ikut suka
-1/2 tin susu pekat manis -jika kurang manis boleh tambah
-1/2 cwn susu segar
-70g butter
-1 bj telur
-125g chedar cheese-parut

-biskut marie-patah2kan 3.ketepikan
-masukkan butter,susu pekat dan cheese kedalam periuk.on api kecil.kacau sentiasa sehingga cheese cair dan sebati.
-masukkan milo,serbuk koko dan susu segar.kacau lagi sampai rata
-masukkan telur.kacau cepat2.sentiasa kacau sampai pekat.tutup api.masukkan biskut tadi.
-gaul supaya bersebati dengan biskut
-tuang dlm tin yg sesuai dan tekan biar mampat.sejukkan sebelum dimasukkan kedlm fridge
-biar keras sebelum dipotong..

Kastad Cheese n Fruit tart

fruit tart
amik resepi base ni kat umah k nis(thanks k nis!).base dia mmg sedap.rangup je.

bhn:
-250g butter-suhu bilik-potong kecil2
-120g gula halus
-2 biji kuning telur
-440g tepung gandum-ayak
-1 st esen vanilla(saya guna vanilla powder)-ayak

-satukan tepung,gula halus,vanilla dan kuning telur.gaul rata
-masukkan butter.kacau hingga jadi doh.gelekkan.terap dgn cutter yg sesuai
-panaskan oven 175c
-masukkan ke dlm acuan tart.ratakan atasnya dgn pisau.cucuk permukaan dgn fork.susun atas baking tray.
-bakar selama 20min@masak.sejukkan sebelum dikeluarkan dr acuan

kastad cheese

bhn:
-3-4 keping slice cheese-koyak2kan
-300ml susu segar
-2 sb tepung kastad
-1/4 cwn gula perang-padatkan
-secubit garam
-1 sb butter
-1 bj telur

-satukan tepung kastad dgn 2@3sb susu.kacau rata.tuang dlm pot
-masukkan gula,garam dan cheese.tambah susu.kacau sampai cheese x berketul
-masukkan garam dan telur yg dipukul sedikit.
-kacau sampai pekat dan kental.tutup api.masukkan butter.gaul rata.

-cairkan sedikit coklat masakan dgn kaedah double boil.
-sediakan tart.sudukan coklat cair.sapu rata.biar keras sekejap.paipkan@sudukan cheese kastad kedlm base.susun buah2an yg sesuai.letak atas papercup.ulang hingga habis.
-sedap dimakan sejuk

Nasi Baryani Batu Pahat



Nasi yg sangat sedap walau dimakan begitu saja.boss suka sgt..resepi dari Nanee di ambil di MyR
.terima kasih byk2 psl sudi share resepi yg best ni :)minta izin copy paste utk rujukan sendiri lain kali..

Bahan-bahan ( 4org )
3 cwn beras basmathi
sedikit rempah tumis
*6 ulas bwg merah (blend)
*5 ulas bwg putih (blend)
*2"halia (blend)
setengah biji bwg besar (hiris)
sedikit daun pudina, daun bawang. daun sup
2-3 tbsp minyak sapi
1tsp garam
sedikit pewarna kuning
gajus dan kismis sebagai hiasan (goreng)
2tbsp rempah baryani
4 setengah cwn air
setengah cwn susu cair
Cara-cara panaskan minyak sapi,kemudian tumis rempah tumis dan rempah baryani
masukkan bawang hiris..gorengkan sebentar.kemudian,masukkan pula 2tbsp campuran bwg merah+halia+bwg putih yg di blend tadi.(baki campuran yg di blend akan diguna utk kuah daging baryani).
masukkan air..tunggu sampai didih
masukkan daun bwg,daun pudina,daun sup.masukkan juga garam.kemudian..masukkan pula beras.kacaukan
pindahkan periuk ke dalam rice cooker.biar nasi masak
bila nasi dah masak, keluarkan daun-daun yg ade dlm periuk tu.kemudian tambahkan susu cair ke dalamnya.titikkan pewarna..kacaukan.
masukkan 2 senduk kecil rempah dari kuah daging baryani ke dalam nasi.kacau rata. (nak lebih 'kick',masukkan juga 2-3 ketul daging bersama kuah dari kuah daging tu ke dalam nasi)
masukkan gajus dan kismis.sedia untuk di hidangkan...

Pizza

Sardin Puff


award.

Nak ucapkan terima kasih pada kawan2..k za,k fida dan k umie yg sudi bagi award pada saya..hehe segan pula psl dah la jarang update.terima kasih sekali lagi kerana ingatan pd saya yg mcm biskut ni :P






saya juga nak panjangkan award ni pada kawan2 yg saya hormati:
nanee
delila
Lydia