
karipap pusing versi saya..
utk doh:
doh A:
300g tpg gandum
1 sb lemak sayur(veg shortening)
1/2 st garam halus
air ais secukupnya
-satukan tepung,garam dan lemak sayur.gaul serata.masuk air sikit2 sambil diuli hingga jadi doh.bahagi 3-4.bulatkan tutup dgn kain dan rehatkan 1/2 jam
doh B:
200g tepung gandum
1 sb lemak sayur
secukupnya marjerin(lebih kurang 100g)
-satukan tepung gandum dan lemak sayur.gaul rata.masukkan marjerin ckit2 sambil diuli hingga jadi doh.uli sekejap.bahagikan kepada 4 bebola kecil.rehatkan
-leperkan doh A.letak bebola B.balut n tutup rapat.gelek dgn rolling pin memanjang.gulung dan potong 2.
-ambil 1 bahagian gelekkan memanjang lagi.gulung kemas.potong kepada beberapa bahagian mengikut saiz karipap yg dikehendaki.gelekkan,letak inti dan kelim.
-ulang hingga habis.
goreng dgn minyak yg telah dipanaskan pada api kecil..balik2kan selalu
-kalau nak frozenkan goreng sekejap saja(warna yg pucat)
utk inti:
mudah dan sedap
*1 labu bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1/2 inch halia
kisar halus bahan*
1 sb rempah kurma
1 sb rempah daging(tambah jika mahu pedas)
2 sb sos tiram
2 cwn isi ayam hiris
2 biji kentang-dadu
secekak kacang buncis-potong kecil2
air secukupnya
garam&gula secukup rasa
sehelai daun kunyit yg lebar-gunting halus
minyak sayur utk menumis
-1 sb tepung gandum
-panaskan minyak.tumis bahan kisar hingga naik bau.masukkan rempah kurma dan rempah daging.kacau lagi.masukkan ayam.kacau rata.masukkan air dan kentang.biar masak dgn api sederhana.masukkan kacang buncis
-setelah hampir kering,tapi masih berkuah,masukkan sos tiram,garam dan gula secukup rasa.masukkan daun kunyit.gaul serata.
-akhir sekali masukkan tepung gandum utk mengentalkan inti(jenis inti ini tidak kering.setelah goreng karipap dia ttp mcm berkuah ckit)
*kalau tak mahu inti begini cuma masak saja smpi kering airnya.tak perlu letak tepung.
-sejukkan sebelum diguna..