Friday, February 13, 2009

apam



act ni resipi apam mekar kat MyR dr rossitamz..sumber dari kak hanieliza..tp kubuat x mekar..hihi rasanyer psl kurang beat n kukus pun pakai dapur yg apinya x kuat sgt..tp mmg gebu n sedap..resipi leh click sini
thks 2 rossitamz & kak hanieliza..

roti goreng



prnh nampak roti gini dulu kat blog noreen tp x ambik resipinya pula.pg2 td bgn kul 5.30 terus teringat nak wat ni.malas pula nak on pc so wat agak2 sndr je..alhamdulillah jadi..wat sarapan n bekal big boss.thks noreen for the idea..

280g tpg gandum
1 st bread conditioner
150ml air suam
1 sb gula
1 st yis segera
1 st garam
1 sb air suam
1 sb minyak

sebiji telur-kacau sikit dgn sedikit garam dan dried parsley
breadcrumbs secukupnya
4 sosej-rebus dan potong pendek2

minyak utk deep fry

-satukan yis dan gula dlm bowl.masukkan 1 sb air suam.kacau sikit.tutup sekejap hingga berbuih.
-ayak tepung dan bread conditioner.tuang air suam ke dlm bowl.kacau rata.masukkan tepung dan garam.gaul hingga jadi adunan lembut.masukkan minyak.uli sekejap
-bahagikan kepada bebola kecil2
-boleh mula panaskan minyak dgn api kecil
-letakkan 2 potongan sosej ke dalam setiap bebola.tutup rapat2.letak atas bekas yg di tabur sedikit tepung.ulang hingga habis
-celup bebola dlm telur dan gulingkan atas breadcrumb.susun blk atas tray.ulang proses hingga semua bebola telah disalut
-goreng dgn api sederhana kecil hingga keemasan
-sedap dimakan dgn sos cili@mayonis

miya series..



pakai phone je ni..gambo pun blur2 ;)

Thursday, February 12, 2009

kek coklat moist



pakai resipi yg sama dgn sebelum ni cuma kali ni dikukus..suka yg bakar lg kot :D

homemade laksa-2



wat laksa lg.kali ni cuba sukat..dpt tekstur laksa yg saya suka.bahan pun ubah ckit dari yg dulu

2 cwn tepung beras
2 sb tepung gandum
250ml air panas mendidih
25ml air ais
acuan maruku

-campur kedua2 jenis tepung dlm bowl.tuang air panas
-kacau dgn senduk kayu sampai sebati
-masukkan air ais.kacau lg sampai jadi doh yg melekat

didihkan air dlm pot
-dgn menggunakan acuan maruku,tekan adunan terus dlm air mendidih
-bila dah terapung bolehlah diangkat dan basuh dgn air sejuk.
-ulang proses hingga habis..

-sebab malas nak buat kuah laksa penang psl mcm lama ckit nak masaknya..saya wat kuah laksam che za je..aci dak kak? hehehe...

Wednesday, February 11, 2009

pai tee



recipe che za ni..pernah wat dulu..muahhh3x kak za :P

award

mekasih pada kak ana yg sudi bagi award2 ni pada in.siap pi amik dgn lori lg..heheh sayang akak ;) thks again ya




pulut serunding

Tuesday, February 10, 2009

mexican bun



recipe by lilydvalley@MyR..thks k lily ;)

pun antara roti yg suka buat sndr bila teringin nak mkn..
minta izin c&p kat cni ya :)

* Filling
* -200 gm mentega
* -1/2 teaspoon vanilla essence
* -70 gm brown sugar
* Topping
* -200 gm mentega
* -160 gm gula icing
* -3 biji telur grade A- pukul sedikit
* -1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
* -200 gm tepung gandum
* Doh Roti
* -500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
* -2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
* -20 gm susu tepung
* -75 gm gula castor
* -3 sudu kecil dry yeast
* -1 sudu kecil garam
* -1 biji telur- dipukul
* -250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
* -60 gm mentega

# Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
# Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
# Doh Roti
# -Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
# -Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
# -Masukkan telur dan air/susu segar.
# -Uli adunan sehingga menjadi adunan lembut selama 10-15 minit.
# -Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
# -Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
# -Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
# -Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
# Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
# -Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.

paratha puff



prnh post recipe kat sini dulu ..

sejak mengenal resipi yg ni mmg selalu wat inti mcm ni je..suka sgt psl sedap!yg penting sumer org suka..mekasih pada nasuha1523 sebab share recipe yg best ni ;)

saya c&p resipi utk inti kat cni..
# Bahan Inti :
# 500 g kentang - dipotong dadu
# 300 gm bawang besar - dipotong dadu
# 400 gm daging cincang @ daging lembu dipotong dadu kecil
# Tumbuk Lumat :
# ½ biji bawang besar
# 2 ulas bawang merah
# 2 ulas bawang putih
# ½ inci halia
# ½ sd besar jintan manis
# 3 sudu besar (75 ml) serbuk kari
# 2 sudu besar minyak
# ½ batang besar kulit kayu manis
# 2 sd teh gula / secukup rasa
# 1 sd teh garam / secukup rasa
# 350 ml air

# Inti :
# Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal.
# Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam. Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan gula dan kentang.
# Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.

Sunday, February 8, 2009

popiah bersira


bfast weekend lepas.lama dah beli kulit popiah tu asyik dok bertagak je..
bahan utk popiah:
kulit popiah secukupnya
kobis-hiris halus
carrot-parut
daun bawang-hiris
taugeh
sengkuang
kacang panjang-hiris nipis2
isi udang-cincang halus
bawang putih-cincang
minyak bijan
serbuk lada putih
sos ikan/kicap cair/garam

-panaskan minyak bijan.tumis bawang putih hingga wangi.masukkan udang.kacau rata.masukkan sos ikan.masukkan sayur2an.kacau dgn api kuat.masukkan serbuk lada putih.masak sekejap saja.tutup api dan alihkan dari dapur.biar sejuk sedikit sebelum buat popiah.
goreng popiah hingga keemasan

utk sambal:
pes cili
bawang besar
bawang putih
gula dan garam
sos tomato
minyak masak

blend bawang besar dan bawang putih.tumiskan hingga naik bau.masukkan pes cili.goreng hingga garing sedikit.
-masukkan sos tomato.sedikit garam dan gula.biar manis sikit
-kacau selalu hingga betul2 pekat
-tutup api dan sapu atas popiah
-boleh tabur kacang tumbuk@bijan jika suka

wantan goreng



gunakan ready made wanton skin..mmg selalu wat ni


bahan utk inti:

daging/ayam cincang
carrot-parut
daun bawang-hiris pendek2
bawang putih-cincang
halia-tumbuk
serbuk lada putih
minyak bijan
kicap cair
sos ikan

-campur je semua bahan.gaul sebati.simpan dlm fridge sehingga nak guna
-panaskan minyak utk deep fry.letak 1 st inti atas wanton skin.punjutkan
-goreng hingga keemasan
-sedap mkn dgn sos cili thai ke,kicap cair+ cili ke..