Thursday, December 4, 2008

Apam gula merah











kuih kegemaran saya!dulu kecik2 sanggup tunggu depan mak dari start buat sampai la siap..pastu tak sabo2 nak makan cicah kelapa..sedap sgt! dan senang membuatnya.sekarang turut jadi kegemaran my husband n son..

2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula merah-padatkan
2 sb gula pasir
1 st yis segera
1 st garam
350ml air suam

kelapa parut putih+garam-kukus sekejap

-satukan semua bahan kering dlm bowl yg besar.tuang air suam.kacau sampai sebati dgn whisk.pukul2 lama ckit.tutup dgn plastik.
-biar beberapa jam utk mengembang(penuh bowl pun xper)
-sapu tin dgn minyak
-kacau sikit then tuang adunan dlm tin
-rehatkan sekejap(naik ckit)
-didihkan air dlm kukusan
-kukus adunan 1/2 jam dgn api kuat
-sejukkan sebelum dipotong..
-hidangkan dgn kelapa parut yg telah dikukus

p/s:pada yg nak mencuba saya gunakan gula merah cap bintang(pek hijau 1 kg yg ada jual di pasaraya2 tu)gula merah ni memang bersih..so kalau gunakan gula merah biasa yg jenis timbang ke masak dulu dgn air dan tapis..dan sukat dulu ya

Nasi Lemak



Sarapan nasi lemak pg ni..dah ngantuk pulak :P

Muffin Coklat



huhuhuhu..muffin lagi?dah kena demam muffin ke?hehehehe..mmg demam yg buleh menggemukkan diri je ni huwaaa..kalo macik nanee dok umah sebelah ni kan bagus..leh pi anto je kat dia tiap kali aku buat muffin psl macik tu maintain slim je..jeles betul wekkk :P..sbnrnya dok sibuk test resipi yg best2 ni..mana ler tau leh jalan projek best2 :D

muffin nie mmg rich sungguh!pada yg suka chocolate mmg ngam ler..amik resipi kat MYR by k.Yani..thanks ye k.yani..

* 200g coklat masakan
* 70g mentega
* 2 biji telur
* 50g gula halus
* 60g tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder
-Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
-Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
-Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
-Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
-Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
-Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
# Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

Wednesday, December 3, 2008

Choc Icecream Muffin With Twin Choc Chip


sedapnya muffin ni..guna ice cream "choc 'o chips" by king's..betullah kata k za,lebih sedap ice cream lebih sedap rasa muffin..saya x letak apa2 kekacang didalamnya memandangkan ice cream ni dah ada mini choco chips.mmg x rugi wat ni n akan buat selalu.thks kak!

resipi in copy paste je ya..utk kekalkan keasliannya..hehehe

Bahan-bahan ( 6 biji )
140 gm tepung gandum
100 gm butter dicairkan
1 kotak aiskrim (105 ml) dicairkan pada suhu bilik. (Bila cair dapat 1/3 cawan)
1/2 cawan gula halus
1 biji telur
1/4 cawan campuran kekacang
1 1/2 sudu teh baking powder

Cara-cara
Ayak tepung dengan baking powder.
Pukul telur dan gula sehingga kembang.masukkan butter cair.Masukkan aiskrim. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis.
Masukkan pula campuran kekacang.Saya gunakan badam,kismis,walnut,biji matahari dan kuaci.
Masukkan ke dalam muffin cup dan bakar dalam oven yg dipanaskan pada suhu 180 selama 25 minit.
Jika suka, boleh 'pipe'kan coklat masakan campur sedikit whipping cream. Atau cara yg lebih mudah beli saja coklat tube "Choki Choki"; gunting sedikit plastiknya dan 'pipe'kan ke atas muffin




click kat sini @ sini

bread finger



selalu buat ni bila byk sgt roti kat rumah ni dan ada leftover sambal..
senang je nak sediakan :)

8 keping roti gardenia@apa2 yg sesuai
sambal tumis secukupnya-sardin@bilis@tuna
minyak utk deep fry

utk batter:
1/2 cwn tepung gandum
2 sb tepung jagung
serbuk kunyit
1/2 st garam
150ml air sejuk

-panaskan minyak dlm pan
-satukan semua bahan kering utk batter
-tuang air sikit2 sambil dikacau hingga dpt batter yg smooth.ketepikan
-ratakan sambal atas sekeping roti.tutup dgn sekeping lagi roti.potong kulit tepinya.kemudian potong tiga bahagian.ulang hingga habis
-celup satu2 ke dalam batter dan goreng dgn api sederhana..

Tuesday, December 2, 2008

Bubur kanji







bubur kanji yg sedap dan mudah!di utara bubur nasi macam ni mmg dipanggil kanji..agaknyer pasal berkanji kot..mmg mudah sgt nak sediakan dan amat digemari terutama sekali dibulan puasa..jom tgk bahan2nyer..

1/2 cwn beras-cuci bersih
air secukupnya
halia sebesar ibu jari-diketuk
2 ulas bawang putih-diketuk
1 btg serai-ketuk
2 helai daun pandan-disimpul
1 kulit kayu manis
1 cwn udang kecil/2 sb udang kering
lobak masin-cincang kecil2
1/3 ketul kiub ayam
garam secukup rasa
1/4 cwn santan pekat

bawang merah/bawang besar-hiris halus
bawang putih -hiris halus
3sb minyak
daun sup-hiris

-masukkan beras kedlm periuk.tambah air secukupnya..masukkan halia,serai,bwg putih,daun pandan,kulit kayu manis dan lobak masin.reneh dgn api sederhana hingga jadi bubur.kacau selalu.masukkan udang
tambah santan pekat.kacau.biar mendidih.
-masukkan kiub ayam dan garam..biar sekejap sblm tutup api.
-goreng bawang2 dgn minyak td dlm kuali..apabila keperangan tuang kedlm bubur dgn minyak skali.masukkan juga daun sup..tutup periuk sekejap..
-bolehlah dihidang dgn lauk2 kegemaran..

muffin

blueberry muffin

double choco muffin




tak tahan tgk muffin2 kat rumah k fida yg mcm volcano,jadi try ler 1 resipi muffin kat ctu..telah diolah dgn perisa kegemaran..result..mmg sedap..yg pntg bos kecik AKA tukang makan(penting ni..kalo dia x tlg..nnt ibu makin slim gitu :P)suka..lg2 hat double choco tu..thks to k fida utk resipi yg sedap ni..

ein mnta izin copy paste yer utk rujukan sendiri lain kali..

* 2 cup self rising flour
* 3/4 cup brown sugar
* 1 egg
* 1/2 cup chocolate chip (original recipe called for mixed berries) - can be subsituted to any type of berries
* 3/4 buttermilk (can be subsituted to fresh milk)
* 1/2 cup vegetable oil
* Icing sugar for dusting (optional)

1. Sift flour into a bowl.
2. Add sugar and beaten egg.
3. Add buttermilk and oil. Mix well.
4. Spoon mixture into muffin case/muffin tin.
5. Place the chocolate chips into the muffin.
6. Bake in a moderate oven (180 degree celcius) for 20 minutes or until it just set.
7. Dust with Icing sugar (optional).

atau boleh click sini

Anak-anakku-3