Tuesday, November 17, 2009

oatmeal yogurt muffin



for kids breakfast..

1 cup tepung naik sndr
1/3 cup gula perang
1/4 cup oatmeal
1/2 cup yogurt
1/4 cup sunflower oil
secubit garam
1 biji telur (L) + 1 kuning telur
2 sb susu tepung
chocolate chips secukupnya

-panaskan oven ke suhu 250c
-satukan bahan2 kering-tepung,gula,oatmeal,garam,susu tepung n chocolate chips dlm bowl.
-masukkan minyak,yogurt dan telur.kacau rata.
-sudu2kan @masukkan dlm piping bag n pipekan ke dlm muffin cup hingga hampir penuh.
-sebaik dimasukkan kedlm oven turunkan suhu ke 170-180c.bakar 15-20min(bergantung kpd jenis oven

Monday, November 16, 2009

chocolate truffles



120g milk chocolate
125g cream cheese-suhu bilik
40g gula icing-ayak
serbuk koko
-cairkan milk chocolate dgn kaedah double boil.biar sejuk
-kacau cream cheese n gula icing sampai sebati.masukkan kedalam coklat.kacau rata.simpan sekejap dlm peti sejuk
-keluarkan,bulat2kan dan golek atas serbuk koko.susun dlm papercup.sejukkan sebelum dimakan..

roasted chicken



REcipe later

Thursday, November 12, 2009

chocolate sour cream cake


sedap kek ni..sesuai utk minum petang.resipi dari MyResipi ni.tapi saya amik kat rumah nanee je..thks ya..c&p kat sini utk rujukan sndr..

Bahan:-
1/2 cawan butter
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan gula perang
1 sudu kecil baking powder ]
1/2 sudu kecil soda bikarbonat ] ayak bersama
1 1/2 cawan tepung gandum ]
1/2 cawan sour cream
1 sudu kecil esen vanila
2 biji telor
80 gm choc chips
secubit garam

Untuk Sirap Coklat:-
1 1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
2 sudu besar fresh milk
30 gm coklat
1/4 cawan perang


Cara :-


** sirap coklat**(saya guna chocolate syrup hershey's)
masukkan semua bahan-bahan dalam bekas tahan panas dan cairkan dengan kaedah double boiler. Ketepikan.

Dalam mangkuk lain, pukul mentega dan kedua-dua jenis gula hingga berkrim.

Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi

Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak. Kacau dengan spatula.

Masukkan sour cream dan esen vanila.

Kemudian masukkan choc chips. Kacau sebati.
Sediakan loyang yang telah digris.
Masukkan 1/2 adunan tepung ke dalam loyang. Ratakan.
Masukkan 1/2 sirap coklat, ratakan sikit.
Tuang lagi 1/2 adunan tepung dan akhir sekali tuang 1/2 lagi sirap coklat.
Bakar dalam oven dengan suhu 180 degree selama 45 minit/hingga masak.

Wednesday, November 11, 2009

chicken pie




easy choc chips cookies



resipi suka2 utk kudapan anak2..menjadi n sedap ;)..choc chips jenis soft n abit chewy

110g pure butter
80g gula perang
1 biji telur(L)
3 sb serbuk hazelnut-boleh guna almond,cashewnut
2 sb susu tepung
200g tepung gandum}
1/4 st soda} ayak bersama
1/2 st baking powder}
esen vanilla
chocolate chips-ikut suka

-panaskan oven 160/170c(ikut oven masing2)
-pukul gula n butter sampai berkrim.masukkan telur n esen vanilla.pukul lagi.masukkan susu tepung dan hazelnut.pukul rata.masukkan tepung dan choc chips.kacau sebati.sendukkan ke dlm piping bag.gunting hujung besar ckit.pipekan atas tin pembakar.
-bakar 15-20(keperangan)
-sejukkan sebelum disimpan dlm bekas kedap udara.

*daniel suka cookie ni..dah habis pon ;)

goreng pisang ala gerai ;)



recipe later..nak pi masak kat FB jap hihihi

Wednesday, November 4, 2009

blueberry cheesecake

smlm wat ni kononnya nak simpan utk birthday Mr Nasir 5 nov ni..tp bila tuan punya kek nak makan jadinya xyah la tunggu lg ya..heheh potong kek awal la jadinya ;)

resipi hasil experimen lagi..pasal cheesecake adalah kek yg paling senang nak buat n semua bahan basic ada rasanya mmg xde masalah..insyaALLAH..




bahan:
500g philadelphia cream cheese-biar pada suhu bilik beberapa jam
120g gula caster
3 biji telur-L
2sb tepung gandum
parutan kulit lemon-1/2 biji
jus lemon dari 1/2 biji lemon
200ml whipping cream

utk base:
150g-200g biskut-digestive,marrie@apa2 biskut yg disukai-saya guna rolled oat cookie kat bawah tu-hancurkan
2 sb butter

panaskan oven
-satukan biskut dan butter.tekan padat dlm loyang kek.sejukkan dlm fridge sehingga nak digunakan

-satukan cheese dan gula.pukul sebati.masukkan tepung gandum.pukul rata.masukkan telur sebiji2 sambil dipukul.masukkan parutan kulit lemon dan jus lemon dan juga cream.pukul sekejap biar sebati.tuangkan ke dalam loyang tadi.
-bakar cara waterbath(loyang tadi letakkan atas loyang lebih besar n tuang air panas dlm loyang besar) 175c 1 jam

-setelah masak jgn terus keluarkan kek dari oven.buka sikit pintu oven biar sejuk sikit sebelum dikeluarkan.simpan dlm peti sejuk beberapa jam sebelum tuangkan blueberry filling keatasnya.

-sedap dimakan setelah semalaman dalam peti sejuk

Friday, October 30, 2009

projek..

update:
dah siap baju anakanda..





baju sudah siap..tinggal lg nak sulam manik ckit2 kat tangan n hujung baju tu..kainnya jap lg insyaALLAH..saya sgt happy..suka..suka!potong n jahit kain dgn sangat hati2(mahai oo kain tu takut rosak..maklumla kita baru belajar tu pun kat OL ni)..gunakan kain japanese cotton(no 24) yg diorder dari puan diesha..mekasih yer diesha..sejuk n lembut kain dia..
yg tempah baju ni nmpknya gembira..hehe

Monday, October 26, 2009

breakfast bars



resipi

kali ni ada tambah glucose syrup..letak dried cranberry dan kurma juga..

raisins n choc chips muffin



untuk breakfast anak2 sabtu lepas.yummy!

1 1/4 cup tepung gandum }
1 st baking powder }ayak bersama
1/2 st soda bicarbonate }
125g pure butter
1/2 cup gula caster
1 bj telur AA + 1 kuning telur
1/2 cup fresh milk/yogurt
esen vanilla

choc chips n raisins secukupnya

-panaskan oven 250c
-cairkan butter.biar sejuk

-satukan semua bahan kering dlm bowl termasuk choc chips n raisins
masukkan susu,telur,butter n vanilla.kacau biar sebati.
-masukkan dlm piping bag utk memudahkan isi dlm muffin cups.pakai sudu pun boleh
-turunkan suhu oven ke 180c sebaik saja dimasukkan muffin.bakar 15-20min(ikut jenis oven masing2)

moist chocolate cake


rasmi bundt pan baru pemberian nani..

thks again nani!

carrot cakes


Thursday, October 15, 2009

terima kasih..



seronoknya dpt hadiah besday awal ni..saya suka sgt!jam pemberian suami,Mr Nasir dan bundt pan pemberian nanee,seorang teman yg kukenali dr MyResipi..mekasih byk2 kerana mengingati saya ;) love you all!

Tuesday, October 13, 2009

laksam


jom makan!

carrot cake

Sambal daun kunyit



sambal yg tahan lama pd suhu bilik dgn syarat kena masak betul2 dan kering.sedap dimakan dgn nasi panas atau disapu pada roti..

Thursday, October 8, 2009

Kek Lumut



amik resipi kat rumah kak fida resipi oleh dayang kek lapis..wat half adunan saja n gunakan cake tin 8x8x3...sedap!thks to both of u ;)

c&p kat sini utk rujukan sndr..

500gm butter
1 and 1/2 cup sugar
Essence vanila
10 eggs
3 cups plain flour
1/2 can condensed milk
1 cup horlicks
1 cup kaya spread
1 cup nestum
Food Coloring (green) - we need this a lot!
Beat butter and sugar till creamy.
Eggs & vanilla - beat.
Condensed milk & kaya spread- beat.
Plain flour, nestum & horlicks.
Color.
Grease pan, baking sheet, pour batter into pan. Cover with plastik and tie. (i covered with aluminium foil)
Steam - 4 hours.

rolled oat cookie


my creation..Daniel favs..

250g pure butter
2 sb minyak sapi QBB
120g gula caster
1 kuning telur-AAA size
vanilla essence
280g tpg gandum
50g tpg jagung
3sb susu tepung

blackcurrant/kismis
almond strip

secukupnya rolled oat

-panaskan oven
-satukan butter,minyak sapi dan gula.pukul sebati.masukkan telur dan vanilla.gaul rata.masukkan susu,kacau lg
-masukkan tepung2 yg diayak.blackcurrant dan badam.kacau serata.
-sudu2kan atas rolled oat.golekkan biar menyaluti doh.susun atas tin pembakar..
-bakar hingga masak..sejukkan sebelum disimpan dlm bekas kedap udara

Thursday, October 1, 2009

Sunday, September 27, 2009

Wajah2 Raya 2009..


Salam Syawal..ampun maaf zahir & batin..

Tuesday, August 25, 2009

dah dapat!


yay..dah dapat idaman hati!sangat gembira akhirnya ada mesin jahit sndr..mekasih abg!

beef steak


juadah berbuka puasa ke-2..

Friday, August 21, 2009

buah melaka



mmm..lama x mkn ni..guna gula nipah AKA gula kabung sebagai inti.sedap!

assorted buns lagi..


projek beberapa hari lepas..

Kad ramadhan

dari che za

dari kak ana

dari kak nor
dari puan hana

terima kasih atas kesudian beri kad sempena ramadhan pada tahun ini..selamat menjalani ibadah puasa dibulan yg mulia ini..

Tuesday, August 18, 2009

biskut coklat chips



resipi

resipi kak nor ni..mekasih ya..anakanda suka wat kunyah2 time boring heheh

Monday, August 17, 2009

karipap pusing






karipap pusing versi saya..
utk doh:
doh A:
300g tpg gandum
1 sb lemak sayur(veg shortening)
1/2 st garam halus
air ais secukupnya
-satukan tepung,garam dan lemak sayur.gaul serata.masuk air sikit2 sambil diuli hingga jadi doh.bahagi 3-4.bulatkan tutup dgn kain dan rehatkan 1/2 jam

doh B:
200g tepung gandum
1 sb lemak sayur
secukupnya marjerin(lebih kurang 100g)

-satukan tepung gandum dan lemak sayur.gaul rata.masukkan marjerin ckit2 sambil diuli hingga jadi doh.uli sekejap.bahagikan kepada 4 bebola kecil.rehatkan

-leperkan doh A.letak bebola B.balut n tutup rapat.gelek dgn rolling pin memanjang.gulung dan potong 2.
-ambil 1 bahagian gelekkan memanjang lagi.gulung kemas.potong kepada beberapa bahagian mengikut saiz karipap yg dikehendaki.gelekkan,letak inti dan kelim.
-ulang hingga habis.
goreng dgn minyak yg telah dipanaskan pada api kecil..balik2kan selalu
-kalau nak frozenkan goreng sekejap saja(warna yg pucat)

utk inti:
mudah dan sedap

*1 labu bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1/2 inch halia
kisar halus bahan*

1 sb rempah kurma
1 sb rempah daging(tambah jika mahu pedas)
2 sb sos tiram
2 cwn isi ayam hiris
2 biji kentang-dadu
secekak kacang buncis-potong kecil2
air secukupnya
garam&gula secukup rasa
sehelai daun kunyit yg lebar-gunting halus
minyak sayur utk menumis
-1 sb tepung gandum

-panaskan minyak.tumis bahan kisar hingga naik bau.masukkan rempah kurma dan rempah daging.kacau lagi.masukkan ayam.kacau rata.masukkan air dan kentang.biar masak dgn api sederhana.masukkan kacang buncis
-setelah hampir kering,tapi masih berkuah,masukkan sos tiram,garam dan gula secukup rasa.masukkan daun kunyit.gaul serata.
-akhir sekali masukkan tepung gandum utk mengentalkan inti(jenis inti ini tidak kering.setelah goreng karipap dia ttp mcm berkuah ckit)
*kalau tak mahu inti begini cuma masak saja smpi kering airnya.tak perlu letak tepung.
-sejukkan sebelum diguna..


Friday, August 14, 2009

cheese tart




cheese tart dgn 2 jenis filling chocolate ganache(lebihan kek) dan blueberry.

utk pastry saya gunakan resipi dari kak nis.mmg biasa guna resipi ini utk mcm2 jenis tart.saya suka gantikan gula aising tu dgn brown sugar.resipi >> fruit tart.

cream cheese filling yg mudah disediakan:(edit lg psl asyik terlupa je..)

250g cream cheese-suhu bilik
1/2 cup gula ising-ayak(kurang manis.tambah jika mahu lebih manis.saya lebihkan blueberry filling)
1/2 cup whipping cream-biasa juga gantikan dgn susu cair kalau xde stok cream..ttp sedap cuma kuning ckit warnanya setelah dibakar
1 biji telur
1 sb tepung jagung
1 sb parutan kulit oren/lemon(1 biji)
perahan jus dr 1/2 biji oren/lemon
-satukan semua bahan dalam mixer bowl.pukul hingga berkrim.sendukkan ke dalam piping bag.gunting hujung utk memudahkan mengisi filling ke dalam tart.

pastry
bhn:
-250g butter-suhu bilik-potong kecil2
-120g gula halus-guna gula perang
-2 biji kuning telur-letak 1 biji telur AAA
-440g tepung gandum-ayak
-1 st esen vanilla
-satukan tepung,gula halus,vanilla dan kuning telur.gaul rata
-masukkan butter.kacau hingga jadi doh.gelekkan.terap dgn cutter yg sesuai
-panaskan oven 175c
-masukkan ke dlm acuan tart.ratakan atasnya dgn pisau.cucuk permukaan dgn fork.susun atas baking tray.
-bakar selama 20min@masak.sejukkan sebelum dikeluarkan dr acuan

-pipekan cream cheese filling.letak sedikit blueberry@chocolate.swirlkan.bakar lagi 10min 160c.
-sejukkan.susun dalam bekas kedap udara.simpan dalam peti sejuk supaya lebih sedap..

death by chocolate cake



dah ready masuk kotak utk disimpan..

resipi by cik puan nanee
sangat sedap!tp saya x sapu whipped cream tu tebal sgt maklumler saya sudah gumuk(wekkss!)thks ya nani ;)wat half adunan saja..c&p kat cni utk rujukan sndr..

Bahan-bahan ( loyang 9" )
2 cwn gula (kisar)
2 cwn tepung (ayak)
3 biji telur grade A
1 cwn koko powder
1 cwn susu cair
1 cwn minyak(sy gune butter cair)
1 cwn air panas didih
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
1 tsp esen vanila
**utk ganache**
2 cwn non dairy whipping cream
500g cooking chocolate
1/8 cwn golden syrup
##utk whipped cream
1 cwn non dairy whipping cream
Cara-cara tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
last skali masukkan air panas..kacau sebati
bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. bule juga kukus slame lebih kurang 1 jam
**utk ganache**
dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream
bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking choc. kacau sebati
tambahkan golden syrup
ambil 1 cwn ganache..bakinya simpan dlm peti sjuk
##utk whipped cream..pukul 1 cwn whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cwn choc ganache yg di ambil dr langkah sblum ini. kacau sebati
kek yg dah siap..di potong tgh2. sapukan dgn whipped cream dari step di atas.kemudian lapiskan dgn kek yg separuh lg..sapu hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit
ambil kek yg dh disapu whipped cream td,sapukan pula dgn ganache yg kita dh simpan dlm peti(rujuk step 11).simpan semula dlm peti lebih kurang 30 mini