Tuesday, May 17, 2011

heavenly cupcake

 

 

heavenly cupcake 25 pcs S size ordered by my niece and friend from shah alam.thks yong ;)
 

 
Posted by Picasa

Friday, September 3, 2010

yummy,sweet,,lovely hazelnut ball ;)

special creation 4 hari raya
biskut ni sedap!rangup...saya suka..




recipe:120biji-1/2 sb each
250g butter
120g gula caster
1 biji telur
esen vanilla
350g tepung gandum
50g tpg jagung
secubit emplex
50g serbuk hazelnut
2 sb susu tepung
2 sb coffeemate

-ayak bersama kedua2 tepung bersama emplex.satukan dgn hazelnut,susu tepung dan coffeemate.ketepikan
-pukul gula dan butter hingga berkrim.masukkan telur dan vanilla.pukul lagi
-masukkan bahan kering.gaul sebati hingga jadi doh yg lembut.
-bulat2kan dan susun atas tin yg di alas baking paper.(saya gunakan sudu sukat 1/2 sudu besar utk setiap bebola)
-bakar 20-25min pd suhu 160c dgn oven yg telah dipanaskan
-sejukkan atas redai kuih sblm di hias

bahan hias:
-strawberry chocolate,cooking chocolate@apa2 saja yg digemari.pandan@white etc.
-royal icing

-cairkan chocolate
-celup biskut dan biar atas redai kuih hingga keras sblm dipaip royal icing..

utk royal icing
-2 biji putih telur
-150g gula aising
esen vanilla
-2 sb tepung jagung

-satukan putih telur,tepung jagung dan gula icing dlm bekas tahan panas.
-double boilkan bahan sambil dikacau hingga agak panas.
-pindahkan ke dlm mixer bowl.(tapis dulu)
-pukul hingga kental(tak jatuh dr pemukul)masukkan vanilla.pukul lagi.
-warnakan dan masukkan dlm piping bag.
pipekan atas biskut
-biar icing mengeras sblm disimpan

Thursday, September 2, 2010

parmesan cornflakes cookies

hasil eksperimen nak menghabiskan parmesan..sedap!

300g unsalted butter
200g gula castor
350g tepung gandum
50g tepung jagung
2 sb susu tepung
1 sb coffeemate
2 kuning telur
esen vanilla
200g cornflakes-kisar halus
5 sb parmesan cheese-grated
secubit garam
-panaskan oven 160c 15min
-ayak bersama tepung dan garam.satukan dgn susu tepung,coffeemate,parmesan dan cornflakes.gaul sebati.ketepikan
-pukul butter dan gula hingga berkrim
-masukkan telur dan esen vanilla.gaul rata
-masukkan bahan kering.kacau hingga jadi doh yg lembut
-canai diantara 2 keping baking paper.terap dan susun atas tin yg dialas baking paper.
-sapukan kuning telur dan hias dgn cornflakes yg dikisar.
-bakar 15-20min
-sejukkan atas redai kuih sebelum disimpan dlm bekas kedap udara

Monday, August 30, 2010

Suji Almond Cookies


resipi by resipicitarasawan
di rekemen oleh my friend Ilah ;)..thks kak wan..belum berkesempatan merasa tp nmpknya mmg sedap psl anak2 suka..

minta izin c&p kat sini utk rujukan lain kali..

Bahan-bahan
150gm mentega
30gm minyak sapi
80gm gula kaster
1/2 tsp esen vanilla
50gm serbuk badam
60gm tepung suji
220gm tepung gandum
1/4 tsp serbuk penaik

Hiasan : Kuning telur dan badam nib

Cara-cara:
1. Sebatikan mentega, minyak sapi, gula dan esen vanilla.
2. Kemudian masukkan pula tepung suji, tepung gandum, serbuk penaik dan serbuk badam.
3. Uli lembut adunan dan terap dengan acuan bulat.
4. Sapukan kuning telur dan taburkan dengan badam nib.
5. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 140c selama 30 minit atau sampai kekuningan.


Friday, August 27, 2010

anniversary cake



biskut bunga cina


biskut yg sedap,cair dimulut dikongsi oleh k nor
thks ya k nor..budak2 suka sgt..
minta izin c@p kat sini utk rujukan lain kali..
BISKUT BUNGA CINA

Bahan-bahan ( dalam 80 biji (bergantung pd cara tekan) )-saya double adunan ini
100gm mentega/marjerin
90gm gula caster/halus
1 biji telur (A)
2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung ubi/kanji
ceri merah utk hiasan (potong kecil2)

Cara-cara
Pukul mentega/marjerin dgn gula hingga putih(gebu). Masukkan telur dan pukul lg hingga kembang.
Masukkan kedua2 tepung sikit demi sedikit hingga habis dan gaul sebati.
Ambil acuan bunga dahlia dan masukkan adunan kedalamnya dan picit direct atas loyang yg dah digriskan (lebih elok jika lapikkan loyang dgn baking paper)
Biasanya utk satu acuan tu boleh dpt 2 kuntum bunga cina. Sekiranya rasa susah nak kluar mungkin adunan terkeras sedikit, so amik sesudu kecil mentega/marjerin dan gaul pada adunan td hingga sebati
Picit adunan keatas loyang dan buat lah hingga habis. Letakkan ceri yg dah dipotong di atas bunga cina td
Bakar dalam oven (kepanasan 175C) sehingga masak (lebih kurang 15 minit bergantung pd saiz bunga tadi)
Bila dah masak, kluar kan loyang dari oven dan jgn terus usik (sbb masa tu biskut ni agak berderai). Biarkan seketika dan alihkan ke redai supaya ia cepat sejuk. Hati2 masa mengalihkannya. Simpan dalam bekas kedap udara bila biskut dah sejuk.
** kalau lepas kita bakar biskut ni dan kelopak bunga tu collapse/penyek tandanya doh dah terlembik, so tambahkan sikit tepung ya..

sedikit tambahan :
Utk yg tak biasa buat, mmg payah sket nak picit/teran doh dr acuan tu. Sebaiknya jgn habiskan kesemua tepung, tinggalkan sedikit dan cuba dulu. Kalau dah elok keluar (jgn lembik sgt nanti lepek jer bunga tu bila siap dibakar) boleh la teruskan dgn baki doh. Kalau nak lebih elok, bakar dulu sket dan lihat hasilnya, kalau dah cantik membentuk kelopak bunga boleh teruskan tp kalau yg siap tu lepek, tambah sket lg tepung dan gaul sebati dan picit la doh tu hingga habis dan dibakar.


Satu lg jgn dedahkan doh yg dah siap diuli pd udara lama2, sbb nanti doh tu akan mengering/mengeras. Ni yg buat doh payah nak diteran/tekan keluar dr acu. Cuba tutup bekas adunan ya supaya tak terdedah pd udara.

Thursday, August 26, 2010

roti jala & gulai ikan tongkol

kuih rose berempah


recipe
saya tambahkan pes cili dan bawang putih..

Thursday, August 12, 2010

peanut butter choc chips cookie


hasil experimen tgh hari tadi..turn out well..cookie yg padat dan kurang manis juga rangup.utk kudapan anak2 ptg2..
WARNING:tidak sesuai utk mereka yg allergic kacang
125g pure butter
4-5 sudu makan(penuh) peanut butter
60g gula caster
1 1/2 cwn tepung gandum)
1/2 cwn tepung jagung) ayak bersama
secubit garam)
1 biji telur(L)
esen vanilla
chocolate chips-ikut suka byk mana

-panaskan oven 170c(bergantung pd oven masing2)
-satukan butter,peanut butter dan gula dlm bowl.pukul sebati
-masukkan telur dan vanilla.pukul rata.
-masukkan tepung dan chocolate chips.pukul sebati.
-simpan sekejap dlm peti sejuk.
-bulat2kan susun atas baking tin.tekan dgn garfu.
-bakar 20-25min(sehingga perang)
-sejukkan atas redai kuih.simpan dlm bekas kedap udara.
-biskut ini mampat..makan 1 pun dah rasa kenyang

Wednesday, August 11, 2010

yogurt choc chips muffin


another creation 4 my kids bfast pagi ni..sangat lembut..

1 1/2 cwn tepung gandum
1 st baking powder
1/2 st baking soda
secubit garam
3 sb susu tepung
1/2 cwn gula castor
100g butter-cairkan
1 biji telur(L)
esen vanilla
140g plain yogurt
chocolate chips-ikut suka byk mana

-panaskan oven 230c
-ayak bersama tepung gandum,baking powder,baking soda dan garam kedlm bowl besar.masukkan gula dan choco chips.gaul rata
-satukan butter,yogurt,vanilla dan telur.kacau sebati.tuang kedlm bahan kering.
-gaul sebati.sendukkan ke dlm piping bag dan pipekan ke dlm muffin case@paper cup.
-tabur lagi choco chips jika mahu
-masukkan ke dlm oven.turunkan suhu ke 180c dan bakar selama 13-15min.(bergantung pd oven masing2).jgn overbake nnt keras

kek batik



recipe cuma saya gantikan chedar cheese tu dgn creamcheese..

Friday, August 6, 2010

cheese choc chunk muffin


my creation.
1 1/2 cwn tpg gandum
1/2 sb serbuk penaik
1/4 st baking soda
1/8 st garam
3/4 cwn gula gula perang@gula caster
esen vanilla
150ml susu segar
100g butter
2 biji telur-medium
120g dark chocolate-cincang
-adunan cheesecake@cheese tart secukupnya(masukkan dlm piping bag)-saya guna lebihan adunan cheesetart

-panaskan oven 220c
-ayak bersama tepung,serbuk penaik,baking soda dan garam ke dlm bekas besar.masukkan gula dan chocolate chunk.gaul rata
-cairkan butter dlm microwave
-satukan dgn susu dan vanilla
-tuangkan kedalam bahan kering.gaul sebati
-masukkan ke dalam piping bag
-pipekan ke dlm acuan muffin 1/4 penuh.pipekan pula adunan cheese.pipekan lg adunan muffin hingga hampir penuh.ulang hingga habis.
-turunkan suhu oven ke 180c.
-bakar 15min@ikut jenis oven masing2

tiramisu




Wednesday, July 28, 2010

moist chocolate cake & coffee roll cake


makeover!
























coffee roll cake ni utk task seterusnya besok..gunakan resipi coffee custard cake

Tuesday, July 27, 2010

always my favs..