setiap hari kepala saya pening fikir apa yg perlu disediakan untuk anak bujangku yg SANGAT2 cerewet tentang makanan.lebih2 lagi nasi.ada kala dia boleh makan nasi(nasi goreng)dgn banyak tetapi kebanyakan masa dia mmg tak mahu langsung.tak boleh juga ulang menu yg sama setiap hari walaupun dia suka makan tu.berbeza dgn kita yg boleh makan nasi setiap hari(mungkin lauk saja yg berubah).dia mmg x mau mcm tu.dari pemerhatian saya,dia suka nasi yg berperisa mcm nasi ayam,nasi tomato @ baryani.tapi tetap juga x boleh mengadap nasi hari2..kalau masak bubur pun nak yg sedap2..kalau makan tu utk lunch,dia xkan makan yg sama lagi utk dinner..heheh mana x pening kan?
dia lebih suka makanan yg gunakan tepung mcm jemput2,karipap,roti canai(sangat2 suka ni)dan boleh terima roti dgn peanut butter@jem2 tertentu.tak banyak pilihan menu biasa utk anak bujangku ini.terpaksalah ibu perah otak fikir mcm mana nak pelbagaikan menu utk daniel.kalau x kena dgn selera sanggup dia minum susu saja seharian..
jadi,sejak dia dah pandai memilih makan ni..macam2 yg saya dah cuba sediakan untuk daniel.ada yg diterima,ada juga yg bolayan..alhamdulillah banyak juga yg saya dah tahu tentang selera anak ni.betullah,dengan kehadiran anak dalam hidup kita,menjadikan kita orang yg lebih matang dari sebelumnya..
mungkin juga saya yg jadikan dia cerewet sebab kami sendiri amat jarang makan nasi.dulu sebulan ada la sekali dua sahaja.pernah juga sampai berbulan2..cuma masak bubur(nasi@oat) untuk daniel setiap hari semenjak dia bersedia untuk makan(usia 6bln).menu kami pula lebih kepada yg berasaskan gandum seperti roti,tortilla,puri,pita dan lain2.jadi..supaya anak gadis saya ni tidak cerewet mcm abgnya ni..saya bagi dia rasa apa saja makanan yg saya masak(yg sesuai).lagipun miya ni dah start sibuk nak makan sama since umur 3bln+.masa daniel dulu mmg saya agak strict sampaikan saya mmg x bg kalau ada yg bagi dia rasa makanan2 org dewasa ni sebab bergaram dll.
bila fikirkan balik,kenapa kita tak cerewet mcm budak2 sekarang,mungkin kerana org tua kita dulu lebih terbuka dlm hal2 pemakanan anak2..takat bagi rasa sikit2..tak salah rasanya..sedikit sebanyak anak2 dpt belajar tentang makanan2 yg biasa kita makan sehari-hari..ini pendapat saya untuk diri sndr dan anak2 ;)lagipun dulu2 makanan x mcm sekarang yg byk sangat chemicalnya sampai ikan2 pun pakai bahan pengawet demi menjamin ketahannya.ibubapa saya lebih suka gunakan bahan2 yang segar dan disediakan sendiri demi kesihatan..
roti ni saya salut dgn batter sebelum digoreng.saya campurkan kucai yg digunting halus,parutan carrot,garlic salt(garam biasa pun boleh),putih telur dan blackpepper ke dalam tepung dan gunakan susu segar untuk membancuh adunan.boleh juga letakkan cincangan isi udang,ayam,daging dan lain2 mengikut selera masing2 dan digoreng menggunakan sunflower oil supaya lebih sihat
3 comments:
makanan daniel .. kena special .. kalu tak dia x makan =)
samerlah ngn anak dara siti tu...tak cerewet sgt...tapi, makan ikut mood dia..kalau dia nak makan nasi, satu senduk nasi pun abis....kalau time tak naka mkan nasi, dia makn roti je dr pg ke ptg
anak sdare nani yg dh form 3 la nih..still xbrape nak mkn nasik. 2-3ari mkn roti ajer..pening tgk..hahaha..dahle xmakan pedas.susah mak dia nak bg mkn.kecik2 dulu gitu gak la peelnye..n..same le jugak ngan bujang sorg nih..uhuhuhu
Post a Comment