Wednesday, July 1, 2009

karipap wholemeal



ini menu yg sesuai utk anak bujangku yg cerewet tu memandangkan dia suka sgt mkn karipap ;)
rasanya mmg sedap dan lebih kaya.sesuai dgn selera kami sekeluarga.saya letak inti sardin.rasanya apa2 inti pun sedap ni

sediakan inti dahulu.
inti sardin:
1 biji kentang sederhana-dadu
3 ketul sardin tin+kuahnya sedikit
1 labu bawang besar-dadu kecil2
2 ulas bawang putih }ditumbuk
1/2 inch halia }
1 sb serbuk kari daging-tambah jika mahu lebih pedas
2 sb minyak utk menumis
garam secukup rasa
jus dari 2 biji limau kasturi
air secukupnya

-tumiskan bawang besar dan bahan yg ditumbuk hingga wangi.masukkan serbuk kari.kacau rata.masukkan kentang dan sardin.pecah2kan sardin.gaul rata.masukkan air.biar kentang empuk dan air kering.masukkan jus limau dan garam.gaul rata.tutup api dan biar sejuk.

doh:
2 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung wholemeal
1 st garam
3 sb minyak dipanaskan(pakai sunflower oil)
air ais secukup lembut adunan

-panaskan minyak
-ayak tepung gandum.satukan dgn tpg wholemeal dan garam.gaul rata.masukkan minyak panas.kacau dgn senduk kayu dulu hingga sejuk sikit baru guna tangan.
-masuk air ais sikit2 sampai jadi doh.rehatkan setengah jam

-sediakan karipap seperti biasa.
-goreng dgn api sederhana kecil hingga keperangan.angkat dan toskan.

1 comments:

Anonymous said...

karipup .. karipup ,, nyum nyum