Monday, June 14, 2010

Chicken chop



utk ayam

1 ekor ayam sederhana-potong 6,cuci buang kulit@boleh gunakan bahagian peha sahaja jika suka
halia-sebesar ibu jari-parut
3 ulas bawang putih-parut
1 sb lada hitam-tumbuk@serbuk cili
perahan 1/2 biji lemon
1 st garam
1 biji telur+2 sb susu segar
2 sb sos tiram
breadcrumbs secukupnya
-satukan semua bahan kecuali ayam dan breadcrumbs.kacau rata.gaulkan hingga serata.perapkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1/2 jam
-panaskan minyak utk deep fry.keluarkan ayam golekkan rata2 dlm breadcrumbs.goreng dgn api sederhana hingga masak

-utk sos lada hitam
2 ulas bawang putih-parut
1 bawang besar-dadu kecil
500ml stok ayam(boleh disediakan dgn mencampurkan 1/2 kiub ayam dgn 500ml air panas)
3 sb butter
3 sb tepung gandum
1 sb lada hitam-tumbuk
sos cili-ikut suka
kicap pekat manis-secukup rasa

-panaskan butter dlm pot.tumiskan bawang dan bawang putih hingga wangi.masukkan tepung.kacau rata.masukkan stok ayam.kacau.biar mendidih.
-masukkan sos dan kicap serta lada hitam.kacau rata.tambah garam jika perlu..biar didih.tutup api
-sedia utk dihidang

utk kentang
-4 biji kentang-potong wedges
-garam dan lada hitam tumbuk secukupnya
-1 sb olive oil
-1 labu bawang putih-potong hujungnya sahaja

-satukan semua bahan.bakar suhu 200c selama 25-30min dlm oven yg dipanaskan dahulu.

saya sajikan ayam dgn kentang dan juga salad sayur dgn thousand island dressing..



0 comments: