Friday, August 31, 2007

roti Sosej



Dah lama x uli roti nie..dah mcm serba x kena jer hihihi..Pasal sibuk dok wat sample kuih mmg x sempat nak menguli..bila dah siap jer sumer sample..lega!terus wat roti..:P

pakai resepi Roshayati johari..Selama ni mmg guna resepi nie utk wat mcm2 roti..tekstur dia best walaupun uli tangan(xde breadmaker)lembut,gebu sangat..juga resepi roti paling best setakat nie..for me lah..

Basic Bread Recipe

(A)
500g tepung roti/high protein
100g gula-saya kurangkan
1 st garam
30g susu tepung
1 st bread improver|
1 st bread softener| optional
4 st yis kering

(B)
250ml air
1 bj telur-kacau sedikit

(c)
40g butter
40g shortening(saya guna butter semuanya)

-campur rata bhn (A)
-masukkan (B).Uli hingga licin
-masukkan (C).Uli lagi hingga licin,tak melekat di tangan dan elastik.
-penaikkan 30-40mins
-tumbuk2 doh utk keluarkan angin
-bahagikan kepada bebola kecik mengikut saiz yg anda kehendaki.rehatkan 10mins
-bentuk roti.biar naik 40 min-1 jam
-bakar

0 comments: