Tuesday, December 9, 2008

butter cake


Sediakan kek ini utk aidil adha..salam aidil adha utk semua :)
butter cake yg sedap dan mudah disediakan.diubahsuai dari resipi yg agak lama(dari sekolah rendah)..masa tu guna 4 cwn tepung.telur pun dipukul asing hingga betul2 kembang.marjerin+gula pun dipukul hingga putih dan kembang.biasanya cuma pakai gula pasir..tekstur kek agak kering dan tak lembut..biasanya dimarblekan tp masa tu mmglah sedap sgt..bkn selalu dpt mkn@buat kek.biasanya time2 raya tu lah peluang nak pukul telur,marjerin dan gula(selalu berebut dgn kakak yg ni..masing2 lebih suka pukul butter+gula).heh..sejak duduk sndr aku ubahsuai sikit utk hasil yg lebih memuaskan..

bahan:
2 cwn tepung gandum }
2 st baking powder}ayak bersama
1 3/4 cwn gula caster
250g pure butter-scs,golden churn
4 bj telur(L size)
1 st esen vanilla
30ml susu cair
1/2 sb ovalette
-panaskan oven 180c.lengser tin 8x8x3.alas dgn baking paper
-pukul butter hingga lembut.masukkan gula.pukul lagi hingga putih dah kembang.masukkan ovalette.pukul rata
-masukkan telur sebiji sebiji sambil dipukul.rata.masukkan esen vanilla dan susu.gaul sebati.masukkan tepung.kacau dgn sudip kayu sekadar rata sahaja.
-tuang dlm tin dan bakar.slps 40min check dgn lidi.tambah masa jika belum masak
-selepas masak terus keluarkan dah terbalikkan atas redai kuih.

separuh kek dihias dgn buttercream..

0 comments: