Thursday, February 5, 2009

pasembor@rojak penang


menu semalam ni..

bahan utk kuah:
300g-350g ubi keledek yg telah dikupas kulit-rebus hingga lembut dan blend
150-200g kacang tanah-bakar suhu 150c 10min dan blend agak halus
2 sb pes cili
gula merah secukupnya
1 st garam
air ikut kepekatan
*2 sb udang kering
*1 labu bawang besar
*2 ulas bawang putih
1/2 kiub ayam
2 sb bijan(selepas angkat kacang tanah terus letak bijan dan biar dlm oven.nanti dia masak sendiri dgn suhu yg panas tu..)
3 sb minyak
sos tomato dan sos cili secukupnya

-blend bahan* hingga halus.
-panaskan minyak dlm periuk.tumis bahan blend hingga wangi.masukkan pes cili.kacau sekejap
-masukkan ubi blend.kacau.masukkan air dan kiub.kacau rata.biar mendidih.masukkan sos cili dan tomato.
-letak garam dan gula merah secukup rasa.kuah mesti manis ckit
-jika terlalu pekat tambah air.
-akhir sekali masukkan bijan
-biar masak lama sedikit sebelum tutup api

utk cucur kelapa:
1 cwn tpg gandum
1 cwn kelapa parut putih
1 sb pes cili
2 sb gula
sedikit garam
air

satukan bahan2 kecuali air.masukkan air sambil digaul hingga dapat adunan yg lembik tetapi masih boleh di genggam
-goreng terendam hingga masak.toskan dan hiris

-bahan2 lain:
cucur udang
timun-hiris halus memanjang
sengkuang-hiris halus memanjang
telur rebus-belah 2
kentang rebus-hiris bulat2
taugeh-bersihkan
tauhu goreng-hiris

-satukan semua bahan dlm pinggan.tuang kuah.boleh tabur bijan goreng jika suka..


0 comments: