
huhuhuhu..muffin lagi?dah kena demam muffin ke?hehehehe..mmg demam yg buleh menggemukkan diri je ni huwaaa..kalo macik nanee dok umah sebelah ni kan bagus..leh pi anto je kat dia tiap kali aku buat muffin psl macik tu maintain slim je..jeles betul wekkk :P..sbnrnya dok sibuk test resipi yg best2 ni..mana ler tau leh jalan projek best2 :D
muffin nie mmg rich sungguh!pada yg suka chocolate mmg ngam ler..amik resipi kat MYR by k.Yani..thanks ye k.yani..
* 200g coklat masakan
* 70g mentega
* 2 biji telur
* 50g gula halus
* 60g tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder
-Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
-Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
-Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
-Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
-Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
-Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
# Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.
1 comments:
hehe..kalo umah sblh kosong, makcik pindah sblh lah bule? xyh masak ade org ngulur tetiap ari..=p
Post a Comment