kek yang mudah,lembut dan sedap hasil eksperimen pagi2 lg kat dapo hari ini..ni gara2 tgk muffin kat rumah che za tp malas nak buat muffin psl org2 kat rumah ni tak mkn sgt..kek ni boleh juga dijadikan roll cake sebab mmg lembut mudah digulung.
utk kek
3 biji telur AA
70g tepung halus
80g gula perang
1 st ovelette
1 st baking powder
50ml minyak jagung-minyak masak biasa pun boleh
1 st kopi segera+1 sb air panas jadikan pes-saya guna nescafe black gold
secubit garam
chocolate chips
utk kastad
1 biji telur
200ml susu cair
1 st esen vanilla
1 sb tepung kastad
secubit garam
50g gula
sliced peach n banana utk hiasan
kek:
-panaskan oven 160c
-satukan telur,gula ovalette dan tepung yg diayak dgn baking powder.pukul dgn kelajuan sederhana-laju sehingga putih dan gebu
-perlahankan speed.masukkan garam dan pes kopi.pukul lg hingga kembang dan pekat.
-masukkan minyak dan kacau dgn senduk hingga sebati
-gris tin kek(kalau buat roll kek griskan dulang oven)dan alas dgn baking paper
-tuang adunan.tabur choc chips rata2
-bakar lebih kurang 15-20min(saya guna api atas sahaja sebab gunakan dulang oven)
-setelah masak sejukkan
kastad:
-satukan semua bahan dlm pot.kacau rata2
-masak dgn api sederhana kecil hingga pekat
-biar sejuk sedikit sebelum disapu pada kek.
-hias dgn potongan peach dan pisang.sejukkan sekejap dlm peti sejuk
jom makan!
0 comments:
Post a Comment