Tuesday, December 4, 2007

Cendol



wat cendol sndr smlm..pakai resipi Siti Mariam dari MyR..

bhn:
1 cwn tepung beras
3 cwn jus pandan
1 st air kapur
secubit garam

-satukan semua bahan dlm periuk.kacau sebati
-masak dengan api kecil hingga kental dan berkilat
-saya xde acuan maruku just masukkan dlm piping bag,gunting sikit hujungnya dan paipkan ke dalam air berais..simpan dlm peti sejuk

Sambal Udang Simple


Bhn:
Udang Galah secukupnya-siang,cuci bersih-lumur dgn kunyit dah goreng
minyak utk menumis
1 bj bwg besar hiris bulat2
1 helai daun kunyit-dihiris halus

bhn dikisar halus:
4 bj bwg merah
2 ulas bwg putih
segenggam cili kering-hiris memanjang,rendam hingga lembut
1 btg serai
1/2 inch halia

1 sb sos tiram
asam keping
garam dan gula secukup rasa

-panaskan minyak dlm pan.tumis bahan kisar hingga garing.masukkan asam keping.biar sekejap
-masukkan sos tiram dan bawang besar.kacau sekejap.biar bawang layu
-masukkan udang.perasakan garam dan gula.akhir sekali masukkan daun kunyit.kacau sekejap.tutup api.Hidangkan dengan nasi panas

Pisang Emas



Akhirnya dapat juga makan pisang yg ditanam sendiri.lama juga lah tunggu hasil yg pertama ni..tak tahu pun pokok pisang yg ditanam ni pokok pisang emas.Ambil dari SIL,sil pun x tau pisang aper..hehehe..tanam untuk daunnyer selalunya..
tu pun dah ada setandan lg atas pokok.kecil2 lg tunggu yg tu pula..saper nak booking awal yer :P

Buah Melaka


bhn:
tepung pulut
jus pandan
gula melaka-potong kecil2
kelapa parut putih secukupnya

-masukkan tepung pulut dlm bekas besar.tuang jus pandan sikit2 hingga dpt adunan yg lembut.
-ambil sedikit.leperkan.letak potongan gula melaka.tutup dan bulat2 kan.ulang hingga tepung habis
-didihkan air dlm periuk.
-masukkan bebola 1 persatu.kacau sedikit.biar terapung sblm diangkat.tos kan sblm digolekkan dalam kelapa parut..

Wednesday, November 21, 2007

Muffin Pisang



ader pisang nak expired so modified jadi Muffin ;)

bhn:
3 bj pisang masak
1/3 cwn gula
1 cwn tepung(i use superfine)
1/s st baking soda
1/2 st butter oil
1/4 cwn minyak masak
1/4 cwn susu rendah lemak
secubit garam
1 bj telur size c

choco rice jika suka

panaskan oven 180c
-lecek pisang.masukkan gula.gaul rata.masukkan telur yg dikacau sedikit dan butter oil.gaul lagi.masukkan minyak kacau rata2
-campurkan baking soda dan garam dengan susu.kacau sebati.
-masukkan campuran tepung dan susu berselang seli dgn tepung.kacau hingga sebati.masukkan choco rice jika suka.kacau
-tuang dlm cup hingga hampir penuh.bakar -+ 25min

Monday, November 19, 2007

Tomyam putih




hari ni rasa macam nak mkn sup panas.jalan2 kat "rumah" kawan2 tgk resepi.akhirnya resepi ni jadi pilihan..sedap!i like it! tq k za ;) resepi leh klik kat sini

Cucur Badak


Kuih ni dibuat kerana tak puas hati sgt!sabtu lepas petang2 jln2 kot perumahan ni.nampak gerai yg jual air kelapa.So kami pun berenti beli air kelapa.nampak pula cucur badak saiz cekodok aku kat bawah tu.so mintak ler beli singgit.3 bj rm1!..hmm aku pun sound la..comey2 nyer cucur badak ni..yg jual tu pun dgn muka selamba jawab"biasa ler..barang sumer dah mahal"
Takutnya aku dgn cara org sekarang cari duit.dah x pikir lain dah..mmg aku x pegi dah kedai dia pasni.dah la inti x berasa pun..

bhn kulit:
400g ubi keledek kuning yg telah dikupas-rebus sampai empuk
1 1/4 cwn tpg(aku pakai tepung pau psl habis stok tpg biasa)
1 st garam

-satukan ubi dan garam dlm bowl.lecek2.masukkan tepung dan gaul rata2 hingga dpt doh yg lembut

bhn inti:

bahan dikisar halus:
3 sb udang kering-cuci dan rendam sekejap
1/2 labu bawang besar
1 ulas bwg putih
1/2 inch halia
1/2 inch lengkuas
1/2 inch kunyit hidup
1 btg serai
4 tangkai cili kering

150g kelapa parut
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak utk menumis

-tumis bhn kisar hingga naik bau.masukkan kelapa.kacau rata2 hingga masak dan kering
-perasakan garam dan gula.angkat dan sejukkan

-sapu sedikit minyak pada tangan supaya x melekat.ambil sedikit doh.leper2kan.letak 1 sb inti dan tutup rapat2.letak atas dulang yg ditabur tepung.
-ulang proses hingga adunan habis
-panaskan minyak.goreng dgn api kecil.balik2kan hingga keperangan.angkat dan hidang

Friday, November 16, 2007

Donut



Bhn:
menghasilkan -+ 12 bj donut
320-350g tepung high protein
1 st bread softener-optional
1 st yis segera
1 sb gula
1 st garam
1 bj telur size c
1 sb susu tepung
1 cwn susu segar suam
1 sb butter
sugar powder secukupnya

-ayak bersama tepung,susu tepung dan bread softener ke dlm bowl.masukkan yis,gula dan garam.gaul rata.buat lubang ditengah
-satukan susu suam dan telur.tuang di tengah2 tepung tadi.gaul sebati
masukkan butter.uli lebih kurang 15min(tambah tepung jika t erlalu lembek)
-bulatkan.letak dlm bowl.tutup dgn cling film.biar naik sekali ganda
-tumbuk2 utk keluarkan angin
-tabur tepung rata2 atas papan pencanai supaya x melekat.
canai dan terap dgn acuan donut
-biar naik lg
-panaskan minyak.setelah panas kecilkan api.
goreng donut.sentiasa balik2 kan sehingga keperangan
angkat.tabur dgn sugar powder rata2

cekodok



kegemaran ramai ni..

bhn:
6 bj pisang
1 cwn tpg naik sndr
1/3 cwn gula merah
gula putih jika perlu
1 st garam+ 3 sb air suam
minyak utk menggoreng

-lecek pisang.masukkan tpg dan gula.gaul rata.
-masukkan air garam.gaul hingga sebati
-panaskan minyak.jemput2@sudu2kan adunan.balik2kan selalu hingga masak
-angkat

Monday, November 12, 2007

Karipap

Pai Epal




juga sng disediakan.











puff pastry secukupnya
susu segar
4 biji epal-kupas,hiris2(saya guna granny smith's)
4-6 sb gula perang
1/2 sb serbuk kayu manis
1 sb butter

-panaskan oven 200c
-masukkan epal dlm non-stick pan.masukkan juga gula perang dan serbuk kayu manis.masak atas api sederhana/perlahan sambil dikacau sesekali.masak hingga pekat
-masukkan butter.kacau rata.tutup api.sejukkan
-letak sedikit inti atas sekeping puff pastry.lipat 2 dan tekan dgn fork di sekelilingnya.ulang proses hingga inti habis
-susun pai atas tin yg dialas baking paper.sapu susu rata2 diatasnya
-bakar -+15-20min..

Gulai Ikan Masin dan Pak Choy Goreng


Sunday, November 11, 2007

Rendang Daging

Wednesday, November 7, 2007

Sushi



Beraya ke rumah Kak umie minggu lepas.ms balik k umie bekalkan nori sheets n wasabi..(thks k umie)so wat ler sushi sndr..

Friday, November 2, 2007

Kek Lapis



Kek lapis ni sebenarnya jenis gulung.tp aku yg baru belajar ni..pandai2 je wat gini..resepi ni dpt 5 thn lepas dari internet dan ditulis atas sekeping kertas buku.lepas wat kek ni haritu,dah lupa letak kat mana paper tu.dah selongkar dapur dan x jumpa2 lg(uwaaaaaaaa!)sorry yer rozie..yg ingat dia guna horlick.since dpt resepi ni baru try tu la x hafal ing dia..

Lemak Putih


Thursday, November 1, 2007

Soto ayam-sabah style



soto ni mudah disediakan.bahan pun x banyak.ms kat sabah dulu suka sgt mkn ni.hari2 pun boleh.soto ni dimakan dgn mee kuning atau bihun.supnya jenis clear/jernih.ada beberapa jenis soto.samada ayam,daging,campur n lain2 lagi kot.dah lupa.yg campur tu ada letak perut juga.yg ayam ni ada yg letak ayam siat yg direbus atau yg digoreng..resepi ni minta kat mummy few years ago.mummy bagi resepi yg mudah disediakan tp mmg sedap!mmg selalu buat sejak tu..yg kat gambar tu pandai2 je tambah tauhu.sbnrnyer mmg xde pun dlm resepi sebenar..

dare to try:

1/2 bungkus bihun-dicelur

1/2 ekor ayam-bersihkan
1 sup bunjut
1-1 1/2 kuib pati ayam
2 inch halia-diketuk
2-3 ulas bwg putih-diketuk
4 sekawan-bunga lawang,kayu manis,cengkih dan pelaga-optional
2 1/2-3 liter air
1 1/2 st lada putih-ditumbuk
1 batang celery-hiris

bahan garnish:
1 biji timun-hiris halus memanjang
1 cwn taugeh-bersihkan(saya takde nie)
daun sup secukupnya-hiris halus
bawang goreng
sambal kicap jika suka

satukan ayam,halia,bwg putih,rempah2,air,celery,sup bunjut dan kuib dalam periuk.renehkan dgn api sederhana.biar lama sedikit hingga ayam masak.perasakan garam.masukkan lada putih tumbuk.biar sekejap sblm tutup api.
-keluarkan ayam.ambil isinya.siatkan.
-sediakan soto.letak mihun/mee dlm mangkuk.letak bahan garnish dan isi ayam tadi.tuang sup diatasnya..sedia utk dihidang..

nasi impit dan Begedil



wat nie smlm utk dinner as side dish disamping soto ayam.ingat nak wat ahad ni..





try resepi k za ni hari selasa.smlm bz ckit so baru nak update.SEDAP!

Tuesday, October 30, 2007

Kerabu


Kerabu@jelatah@Pencuk lebih kurang je bahannyer.resepi ni leh guna/tambah bahan2 yg lain seperti nenas/taugeh atau lain2 yg sesuai..

bhn:
2 biji tomato
1 biji timun
1 bunga kantan
1 batang serai
3 bwg kecil
4@5 biji cili padi
3 sb udang kering-cuci,goreng dgn sedikit minyak dan tumbuk
2 sb kerisik
2-3sb jus limau nipis
garam dan gula secukup rasa

hiris nipis tomato,timun,bunga kantan,serai,bawang dan cili padi.
-satukan dalam bowl.masukkan bahan2 lain.gaul rata2.perasakan gula dan garam.
-sedia utk dihidang
p/s:kerabu ni mmg sedap sgt.ratah gitu je pun leh abis..

Friday, October 26, 2007

Choco Ball



sng disediakan:

3 cwn chocolate cake hancur
1/3 cwn cream cheese
2 sb jem-strawberry/blueberry
1/4 cwn kacang panggang-badam cincang/walnut/gajus
kismis-ikut suka
mentega kacang jika suka
1/2 cwn chocolate chips
chocolate rice secukupnya

-cairkan cream cheese.masukkan mentega kacang dan jem.kacau sekejap.tutup api
-satukan kek,kacang panggang dan chocolate chips.gaul rata
-tuangkan campuran cheese kedalam kek.gaul sebati
-bulat2kan dan golekkan atas chocolate rice.letak atas paper cup.ulang hingga habis
-simpan dlm peti sejuk

Oops,I did it again!



wahaha..wat lg kek ni :P utk bw blk kg nnt.Hrtu raya x smpt wat..dah exhausted.cuma atas dia mcm burn ckit psl pakai oven yg kecik(kes malas nak panaskan cooker..daniel kejap2 dtg dapo,takut dia cop tgn kat ctu)anyway,ttp lembut n sedap!

Thursday, October 25, 2007

Sup Telur dan Kentang



Sup yg selalu masak kalo ada "m" ckit heh.senang je nak prepare..nie utk 2 org

bhn:
1/2 labu bwg besar-cincang
1 bj bwg putih-ketuk
1/2 st halba
1/2 st jintan manis
1/2 st jintan putih
1 sb minyak
2 biji telur
2 biji kentang-dihiris
1 carrot-hiris
sedikit kiub ayam
air secukupnya
garam

-panaskan minyak.tumis bwg,bwg putih,halba dan jintan2 hingga naik bau.masukkan kuib ayam sambil dikacau rata.
-tuang air +- 2 cwn.masukkan carrot dan kentang.kecilkan api.biar mendidih dan empuk
-rasakan garam.pecahkan telur .biar masak sekejap.tutup api.sedia utk dihidang

Ayam Paprik



Cuba resepi k.yani dr MyR.Simple je tu yg wat gak :P sedap!
resepi leh click kat Sini

Wednesday, October 24, 2007

kuih gunting bersira pedas



Bhn:
6 cwn tpg gandum
4 helai daun limau purut-digunting halus(optional)
santan secukup lembut adunan
3 sb marjerin

bhn dikisar halus:
1 st biji ketumbar
1 st lada hitam
1 st jintan manis
1 st jintan putih
1/2 sb garam
3 sb udang kering/ikan bilis
1/2 labu bwg besar
1 ulas bwg putih

-satukan tepung,daun limau purut dan marjerin dalam bekas.gaul rata.masukkan bahan kisar.gaul lagi.
-tuang santan sedikit2 kedalam adunan sambil diuli hingga dapat adunan yg boleh dicanai dan digunting-tidak terlalu lembut
-canai nipis dan gunting.ulang proses hingga habis
-panaskan minyak dan goreng hingga keperangan.sejukkan

Bahan sira:-yg ini xde sukatan..sesedap rasa

cili kering-gunting dan rendam dlm air panas
bwg besar
bwg putih
cuka
minyak utk menumis
gula-biar lebih sedikit
bijan-goreng hingga keperangan

-kisar cili kering,bawang besar dan bawang putih dgn sedikit air
-panaskan minyak dlm kuali.tumis bhn kisar hingga agak garing.masukkan cuka.kacau
-biar hingga agak kering.masukkan gula.biar betul2 pekat dan jadi berbuih mcm gula hangus
-tutup api dan terus tuang kuih gunting dan bijan. kacau cepat2.
-tuang dlm dulang dan sejukkan sblm disimpan dlm bekas kedap udara

Tuesday, October 23, 2007

Raya 2007..



1st time beraya dgn Daniel..Ibu n Abah sayang Daniel sgt2..Happy sgt dgn kehadiran Daniel dlm hidup kami..Daniel dah 10bln hr nie..

Candy Kelapa


Sejenis manisan yg selalu dijadikan hantaran perkahwinan dan juga disajikan pada Hari Raya



bahan:
kelapa parut putih dari 2 biji kelapa
1 cwn susu pekat
1 cwn gula pasir
sedikit sirap ros
1/2 cwn kacang gajus panggang-optional
1/3 cwn kismis hitam-optional
3 sb minyak sapi

-cairkan minyak sapi dlm kuali yg besar
-masukkan susu dan gula pasir.gaul sebati.
-masukkan kelapa dan sirap ros.kacau rata.
-Dengan menggunakan api sederhana,sentiasa kacau hingga agak kering
-masukkan kismis dan kacang.kacau lagi hingga betul2 kering(akan bertukar warna ke sedikit keperangan)
-tuangkan manisan atas tin yg telah dialas plastic.tekan hingga mampat dan rata.sejukkan
-setelah keras bolehlah dipotong kecil2..

Wednesday, October 10, 2007

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua kawan2..maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga

Semoga kita selamat tiba ke destinasi masing2..

Tuesday, October 9, 2007

Snow Almond



dapat resepi dr FP mak lang.tq mak lang sudi share dgn semua ;)saya double resepi ni

bhn:
220g butter
1 sb shortening
100g gula kastor
1 st esen vanilla
1 bj kuning telur

220g tpg gandum
50g nestum-kisar halus
2 sb coffeemate
70g tpg ubi
40g almond powder

cooking chocolate secukupnya
breadcrumbs

-panaskan oven 175c(jika gunakan oven kecil kurangkan suhu ke 150c/160c terpulang pd jenis oven)
-ayak bersama tpg gandum dan tpg ubi.satukan dgn nestum,coffeemate dan almond powder.ketepikan dulu
-pukul butter,shortening dan gula hingga sebati.masukkan telur dan esen.pukul rata.
-perlahankan speed.masukkan campuran bhn kering sedikit2.gaul hingga rata
-canai doh diantara 2 keping baking paper dan terap dgn acuan.susun atas dulang pembakar.
-bakar 20 min.sejukkan
-cairkan chocolate secara double boil.celup biskut dlm chocolate dan golekkan atas breadcrumbs
-susun atas baking paper.sejukkan sblm disimpan dlm bekas kedap udara

p/s:canai doh nipis ckit sebab bila dah salut dgn chocolate n breadcrumbs dia akan jadi lebih besar

Monday, October 8, 2007

Tat Nenas



ehehe..kes mls nak gulung so tekan pakai acuan dahlia je..

Friday, October 5, 2007

biskut samperit





Teringin lak nak mkn kuih ni..


bhn:
1 1/2 cwn tpg kastad
1 1/2 cwn tpg jagung
1/2 cwn tpg gandum
3/4 cwn gula halus
3 bj kuning telur
esen vanilla
butter secukupnya
-hirisan ceri merah dan hijau utk hiasan

-panaskan oven 170c
-satukan tepung dan ayak
-satukan semua bahan dlm bekas kecuali butter.gaul rata
-tambah butter sambil di uli hingga dpt adunan yg lembut dan senang ditekan.
-pam dgn acuan samperit atas tin yg dialas baking paper
-bakar hingga kekuningan

Wednesday, October 3, 2007

Kuih Rose Berempah




Favorite my darling husband.Kalo ada kuih ni..mmg dia mengadap..

Bhn:
5 cwn tpg beras
3 cwn santan
2 biji telur
1 biji putih telur
1 st gula
1 1/2 st garam
*1/2 sb lada hitam
*1 st biji ketumbar
*1 st jintan putih
*1 st jintan manis
*4 sb udang kering@ikan bilis
minyak utk menggoreng
acuan rose

-ketumbar,jintan manis dan jintan putih disangrai hingga naik bau.angkat.
-Blend@tumbuk bahan bertanda* hingga halus.
-satukan santan,telur,garam,gula dan bhn kisar.Tuang kedalam tepung sambil dikacau sentiasa sehingga tidak berketul
-Panaskan minyak bersama loyang dlm kuali.
-Celupkan acuan kedalam adunan dan terus masukkan kedlm minyak panas(slps panas pakai api kecil)
-tunggu sekejap hingga ia lekang.
-angkat setelah keperangan.Toskan atas kitchen towel
-Ulang proses hingga adunan habis.
-Setelah sejuk simpan dlm bekas kedap udara..

tips:rendam acuan dlm minyak sblm guna.utk memudahkan kuih tanggal semasa menggoreng.1 @ 2minggu sblm guna pun boleh

Pizza & Koey teow goreng




Juadah Berbuka smlm.Gabungan timur dan barat. ;)Base pizza pakai resepi che za..Hubby ckp sedap

Friday, September 28, 2007

Cereal cookie




resepi ni hasil dari experimen 4 thn lepas.Alhamdulillah mmg sedap,rangup.Tiap2 thn mmg buat ni utk jualan.Permintaan pun menggalakkan.Saja nak share dgn kengkawan kat cnie..

Boleh dpt 100+ utk 1 adunan
Bhn:
*300g tpg gandum
*40g tpg jagung
*secubit serbuk penaik
*1 st emplex
-ayak bersama bhn * ketepikan

160g gula castor
320g butter
2 bj kuning telur
1 st vanilla
3 cwn nestum
1/4 cwn coklat rice-optional

-panaskan oven 170c@ikut oven masing2
-pukul butter dan gula sampai kembang.masukkan telur dan vanilla.pukul lg.
-masukkan nestum dan coklat rice.kacau dgn senduk smpi sebati
-masukkan bahan yg diayak tadi.kacau rata
-Bahagi kepada beberapa bahagian.canai diantara 2 helai baking paper.terap dgn acuan yg sesuai.susun atas tin yg dialas baking paper@digris
@bulat2kan gelek dlm nestum dan leperkan atas tin
hias mengikut kreativiti anda
bakar hingga keperangan.sejukkan sebelum disimpan dlm bekas kedap udara..

Tuesday, September 25, 2007

Daging Hitam Manis dan Sambal Telur


Pai tee



Yummy!mmg sedap.Puas hati dpt buat sndr.Selalu tu mkn kat chicken rice shop je..trima kasih k za sudi kongsi resepi :)

utk resepi leh melawat ke sini

Taugeh!



wat taugeh sendiri la..kali ni gumuk2 x mcm dulu tu..kurus tinggi hehehe

Daniel 9 bln..


Friday, September 21, 2007

Ramekinn



Ramekin yg mnta k za belikan dah smpi smlm..ada free gift lg ;)
TQ so much k za! muaaahh!

Thursday, September 20, 2007

Char Koey Teow



Juga juadah berbuka hari ini.Cara yg biasa saya buat ;)

bahan2:
1 bungkus koey teow
1 kg kerang-rebus ambil isinya
300g udang sederhana-buang kulit dan urat tinggal bahagian ekor
2 cwn taugeh
kucai secukupnya-potong 1 inch
3 sb sos ikan
3 sb cili paste
2 sb sos tiram
2 sb kicap
3 ulas bwg putih-parut kasar@cincang
3 sb minyak bijan
2 biji telur
1 cwn air panas

-panaskan 1 sudu minyak.goreng udang dan kerang selama 7 saat.angkat bersama minyaknya.ketepikan
-panaskan 2 sb minyak dlm pan tadi.tumis bwg putih hingga naik bau.masukkan cili paste.biar masak.masukkan sos tiram,sos ikan dan kicap.kacau sekejap.masukkan 1 cwn air panas.biar mendidih sekejap.
-masukkan kucai dah taugeh serta udang dan kerang bersama minyak tadi.terus masukkan koey teow.kacau sekejap.pecahkan telur.kacau cepat2.tutup api.sedia utk dihidang
-resepi ni jenis berkuah sedikit

Wednesday, September 19, 2007

homemade tofu



hohoho.Bestnyer tofu dah jadi walaupun x lawa tp puas hati ;)
Cara2 buat mmg mudah..leh tgk kat sini

:D jom wat tofu sndr!


wat pecal guna homemade tofu..yummy!

Tuesday, September 18, 2007

Taufu faa lagi!



Wat ni lg smlm utk berbuka.Daniel suka byk dia makan(w/o sugar)Ibu pun suka!